seismik

Susun & Bukakan Tali Kasut Ketika Rakan Solat, Pelajar Istimewa Ini Buat Ramai Tersentuh

Terharunya!

Cover image via @arasyi_28 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keperibadian seseorang akan dinilai melalui perbuatan yang dilakukan

Walau apapun bangsa dan agama seseorang itu, jika dia mempunyai keperibadian yang tinggi. Dia akan sentiasa disantuni oleh masyarakat. Bak kata orang, akhlak seseorang mencerminkan keperibadiannya.

Seperti sebuah video dari seorang guru di laman sosial TikTok, apabila seorang pelajar istimewa berbangsa Cina dilihat sedang menyusun dan membuka tali kasut ketika rakannya sedang solat telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@arasyi_28

budak ni dia tak berapa sihat tetapi nampak ada budi baik yang patut kita puji

suara asli - in_music6

Ambil dan susun kasut yang berselerak, siap tolong bukakan tali kasut

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik @arasyi_28, dia berkongsi momen ketika seorang pelajar istimewa berbangsa Cina sedang menyusun kasut rakannya. 

Difahamkan, sehari sebelum kejadian guru itu berasa pelik kerana kasutnya berada di atas rak selepas selesai solat. Rupa-rupanya, ada seorang pelajar Cina yang menyusun kesemua kasut.

Pada hari seterusnya, dia berpura-pura duduk bersama pelajar yang lain untuk melihat perbuatannya. Apa yang menarik perhatiannya adalah apabila pelajar itu mengambil semua kasut yang berselerak dan menyusunnya di rak kasut yang disediakan. 

Malah, dia juga membuka kesemua tali kasut bagi memudahkan rakan-rakannya. Perbuatannya itu jelas menunjukkan keperibadian yang baik walaupun dia merupakan insan istimewa.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@arasyi_28 Membalas kepada @Mohd Izuan Belum Siap Kehilangan - Afiq Adnan

"Hebat adik ni. Nampak didikan ibu dan ayah adik ni memang baik" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.4M views, 107.1K likes dan 3,619 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Walaupun dia ada kekurangan, tetapi dia ada kelebihan dari segi akhlak yang baik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: