seismik

‘Tak Fleksibel & Buang Duit’ - Lelaki Ini Kongsi Kenapa Belajar Di Tempat Awam Tak Efektif

Yang jenis suka belajar di tempat awam, contohnya di McD, KFC, Starbucks dan lain-lain tu, boleh baca ni.

Cover image via Twitter & Google

Kedai makan tempat untuk menjamu selera, bukan tempat belajar

Ingat tu.

Image via Tenor

Jika dilihat zaman sekarang ini, kebanyakan restoran makanan segera seperti McDonald's, KFC, Starbucks dan lain-lain telah menjadi pilihan pelajar untuk dijadikan tempat mengulang kaji.

Sampai kadang-kadang rasa macam terganggu pula nak makan. Mana tidaknya, orang awam akan terasa seperti berada di perpustakaan bila lihat banyak pelajar. Sampaikan nak bersembang pun serba salah.

Padahal mereka yang salah tempat.

Oleh itu, seorang pengguna Twitter @zamirmohyedin baru-baru ini telah mengupas serba sedikit mengenai isu ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Flickr

Perkongsian tersebut tidak dinafikan dapat membuka mata orang ramai untuk lebih memahami bahawa sebenarnya belajar di tempat awam ini tidak efektif. Malah, lebih kepada menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling.

Rangkaian tweets tersebut telah berjaya meraih lebih 10.5 ribu RTs ketika artikel ini ditulis. Baca penuh di bawah:

Kenapa belajar di tempat awam tidak efektif? Ini sebabnya:

Ada betulnya juga apa yang diperkatakan.

Setakat nak merasa semangat untuk belajar bersama rakan-rakan di luar tapi sebenarnya tak boleh fokus pun.

Namun begitu, penjelasan lelaki ini telah mendapat reaksi yang berbeza daripada warganet:

Image via Twitter
Image via Twitter

Lain orang, lain pendapatnya. Apa pula kata anda?

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: