seismik

Ini Itinerari Lengkap 'Muslim-Friendly' Buat Anda Yang Ingin Terbang Bercuti Ke Hong Kong

Ada apa dengan Hong Kong? Macam-macam ada!

Cover image via Instagram @dianpelangi

Artikel ini ditaja oleh Malaysia Airlines.

Kalau anda tak pernah consider Hong Kong sebagai salah satu destinasi "wajib singgah" sebelum ini, beberapa cadangan ini mungkin boleh buat anda tukar fikiran:

1. Saksikan Symphony Of Lights, pertunjukan muzik dan cahaya yang menakjubkan di kawasan Victoria Harbour

Lawatan ke Hong Kong tidak lengkap jika anda tidak menyaksikan Symphony of Lights. Kesan pencahayaan dan laser yang dipancarkan seiring dengan alunan muzik pasti membuat anda terpegun.

Cahaya ini datangnya dari lebih 40 bangunan pencakar langit di sekitar Victoria Harbour dan digabungkan dengan muzik dan suara latar yang menggambarkan bandar raya Hong Kong yang dinamik.

Image via amazonaws.com

Lokasi yang terbaik untuk menonton Symphony of Lights adalah di pinggir pelabuhan Tsim Sha Tsui dan Golden Bauhinia Square di Wan Chai. Pertunjukan ini bermula pada jam 8 malam dan berlangsung selama kira-kira 10 minit.

Mulai 1 Disember 2017, versi baru Symphony of Lights ini akan menyalakan langit di Victoria Harbour!

Image via City Discovery

Pengangkutan:

Stesen MRT East Tsim Sha Tsui, Exit L6 atau Stesen MRT Wan Chai, Exit 5. Naik skybridge menuju Hong Kong Convention & Exhibition Centre and terus jalan ke Golden Bauhinia Square.

Makan:

Ebeneezer’s Kebab & Pizzeria (Halal)

Alamat: Shop 2, 3 &; 5, G/F, Multifield Plaza, 3-7A Prat Avenue, Tsim Sha Tsui, Kowloon.

Stesen MRT Tsim Sha Tsui, Exit H.

Sembahyang:

Kowloon Mosque.

Alamat: 105 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon

Stesen MRT Tsim Sha Tsui, Exit A.

2. Bersiar-siar di Old Town Central untuk mengalami pertembungan pelbagai budaya dan mempelajari sejarah unik Hong Kong

Kunjungan ke Old Town Central adalah suatu kemestian. Sama ada ingin mempelajari tentang sejarah, membeli kraftangan, mencuba hidangan fusion tradisional dan moden, mahupun mencari barangan unik buatan jenama dan pereka tempatan, Old Town Central adalah tempat di mana budaya Timur dan Barat bertemu.

Mulakan perjalanan anda dari Possession Point, tempat bendera British dikibarkan buat pertama kalinya. Kemudian, kunjungi Tai Ping Shan Street, kawasan penempatan pertama masyarakat Cina.

Image via AsiaStyleAsia

Perut terasa lapar? Penuhi selera anda di syurga pencinta makanan di Central. Dari dim sum dan dai pai dong, tart telur hinggalah ke pilihan makanan antarabangsa, semuanya ada di sini. Teruskan perjalanan ke Hollywood Road, antara jalan tertua di Hong Kong yang menawarkan pelbagai galeri seni, koleksi Asia dan Barat purba serta koleksi kontemporari.

Image via AsiaStyleAsia

Pastikan anda meneliti grafiti pada dinding bangunan di sini. Terdapat sekurang-kurangnya sepuluh seni jalanan untuk anda bergambar dan memuat naik ke Instagram!

Pengangkutan:

Stesen MRT Hong Kong, Exit A2 atau Stesen MRT Central, Exit A.

Makan:

Jashan Celebrating Indian Cuisine (Halal).

Alamat: 1/F, Amber Lodge, 23 Hollywood Road, Central, Hong Kong Island.

Sembahyang:

Masjid Jamia (juga dikenali sebagai Shelley Street Mosque).

Alamat: 630 Shelley Street, Central, Hong Kong.

3. Nikmati keindahan alam semula jadi di Hong Kong UNESCO Global Geopark

Image via HDR Hong Kong

Hong Kong juga mempunyai tempat semula jadi yang menarik untuk dikunjungi. Di Volcano Discovery Centre, anda boleh mempelajari tentang letusan gunung berapi yang berlaku di Hong Kong lebih 140 juta tahun lalu dan melihat spesimen batu dari seluruh dunia serta tiang batu heksagon yang unik.

Anda juga boleh membawa keluarga melawat Sai Kung Volcanic Rock Region. Anda pasti terpesona dengan keindahan pelbagai ciri alam semula jadi dan deretan batu gunung berapi berbentuk heksagon. Ia lebih menarik jika dilihat dari High Island yang menyediakan persekitaran yang selamat bagi pengunjung termasuklah kanak-kanak.

Image via www.cedd.gov.hk

Pengangkutan:

Stesen MRT MTR Diamond Hill, Exit C2, teruskan perjalanan dengan menaiki bas nombor 92 menuju terminal bus Sai Kung dan seterusnya berjalan kaki ke destinasi ini.

Makan:

Village Malaysian and Indian Restaurant (Pork-free)

Alamat: G/F, 1E, Po Tung Road, Sai Kung.
Jalan di Man Nin Street dan belok ke Po Tung Road.

Sembahyang:

Pengunjung dinasihatkan untuk kembali ke kawasan Kowloon untuk ke masjid dan madrasah.

Apa lagi yang ada di Hong Kong? Banyak!

Contohnya:

1. Avenue of Stars

Sama seperti Hollywood Walk Of Fame di California, Avenue of Stars menampilkan ratusan tandatangan bintang terkemuka seperti Jackie Chan, Bruce Lee, Stephen Chow, Jet Li, dan ramai lagi.

Avenue of Stars.

Image via Farouq Johari/Facebook

2. Hong Kong Disneyland

Rasanya, Disneyland tidak perlukan perkenalan. Rata-rata pelancong sememangnya sudah cukup kenal dengan salah satu taman tema terbaik dunia ini.

Hong Kong DIsneyland.

Image via Farouq Johari/Facebook

3. Madame Tussauds

Berseronok dan bergambar sakan bersama patung-patung lilin selebriti ternama dunia yang kelihatan seperti orang sebenar. Antara patung selebriti yang terdapat di sini adalah Nicole Kidman, Johnny Depp, Michael Jackson, Tiger Woods, Yao Ming, Angelina Jolie, Brad Pitt, Puteri Diana, Robert Pattinson, dan ramai lagi.

Doraemon pun ada!

Image via Farouq Johari/Facebook

4. The Peak

Rasai pengalaman menaiki tram sambil menikmati pemandangan 360 darjah bandar Hong Kong yang sungguh menakjubkan dari atas puncak bukit. Wajib pergi sini kalau anda berada di Hong Kong!

Pemandangan memukau pencakar langit Hong Kong.

Image via Farouq Johari/Facebook

Terlalu banyak perkara menarik yang anda boleh alami di Hong Kong. Apa lagi, jom terbang ke Hong Kong bersama Malaysia Airlines!

Malaysia Airlines ingin membawa anda ke Hong Kong pada harga murah sempena akhir tahun ini:

Tempoh Tempahan: 18 Disember 2017 - 29 Disember 2017

Tempoh Perjalanan: 1 Januari 2018 - 31 Mac 2018

Tambang:

RM629 (all-in) untuk Kelas Ekonomi.

RM1,519 (all-in) untuk Kelas Bisnes.

Dapatkan maklumat lengkap di SINI!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mulai 2018, sediakan RM1 dalam poket: