Telan Telefon Bimbit Gara-Gara Gaduh Dengan Abang, Remaja Perempuan Ini Terima 10 Jahitan
Ish, ngeri pula tengok.
Setiap hubungan adik beradik pasti ada pasang surutnya, bergaduh sebab benda remeh itu sudah biasa terjadi
Namun, bak kata pepatah air dicincang tak akan putus. Seteruk mana pun kita bergaduh atau bermasam muka, akhirnya kita tetap kena berbaik semula kerana muka mereka jugalah yang kita akan pandang setiap hari.
Tetapi, lain pula yang terjadi dengan kes di India ini apabila seorang remaja perempuan sanggup menelan telefon bimbit hanya kerana bergaduh dengan abangnya sendiri.
Perut kena bedah, lepas dua jam baru dapat keluarkan telefon bimbit
Menurut sumber, remaja perempuan berusia 18 tahun yang menetap di Amayan Madhya Pradesh, India terpaksa menjalani pembedahan kecemasan gara-gara menelan telefon bimbit selepas berlaku perselisihan faham dengan abangnya.
Menurut doktor pakar bedah, pergaduhan dua beradik yang difahamkan berlaku pada 7 April lalu di daerah Bhind, Madhya Pradesh tersebut telah membawa kepada musibah.
Semasa berlaku pertengkaran, remaja berkenaan mengambil langkah drastik dengan menelan telefon bimbitnya. Tidak lama kemudian, gadis itu mula mengalami sakit perut teruk dan muntah berterusan yang menyebabkan keluarganya membawa dia ke hospital di bandar Gwalior.
Ketua pakar bedah Dr Naveen Kushwah berkata, pasukannya berjaya mengeluarkan telefon bimbit itu selepas melakukan pembedahan selama dua jam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!