seismik

Terasa Nak Masak Setanding Chef Wan? Boleh Join Bengkel Memasak Percuma The Wan & Only Ni!

Menarik menarik. :D

Cover image via Google

Artikel ini ditaja oleh Gamuda Land.

Sebut sahaja nama Datuk Chef Wan, pasti akan terbayang keletahnya memasak di pelbagai rancangan masakan sambil berceloteh tanpa henti

Image via mynewshub

Tak kering gusi dibuatnya! Bermula dari seorang chef, kini, Chef Wan sudah dikenali di peringkat antarabangsa setanding dengan nama-nama besar seperti Jamie Oliver, Gordon Ramsay dan Martha Stewart. Hebat!

Walaupun kehebatannya diiktiraf di seluruh dunia, tapi beliau tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmunya dalam bidang masakan. Yang lebih mengujakan, kini anda boleh sertai kelas masakan yang akan diajar oleh Chef Wan sendiri. Menarik bukan?

Berminat nak join? Jom kami kongsikan bagaimana!

Sertai kelas kulineri The Wan & Only bersama Chef Wan di Gamuda Gardens!

Image via Gamuda Land

Kalau selama ini asyik tonton di kaca televisyen, inilah masanya untuk anda berjumpa Chef Wan secara dekat dan mempelajari pelbagai ilmu kulineri, resipi dan tips memasak di bengkel memasak The Wan & Only ni. Manalah tahu, lepas ini masakan anda setaraf dengan hotel lima bintang.

Jom daftar sekarang di sini!

Selain bengkel memasak, terdapat juga bengkel Little Chef, dimana anak-anak anda boleh mempelajari cara-cara membuat biskut mereka sendiri.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Bukan itu sahaja, buat anda yang gemar membuat biskut, apa kata ajak kawan-kawan dan keluarga untuk menyertai Bengkel Menghias Biskut. Nanti bolehlah masing-masing tunjukkan bakat terpendam menghias biskut dan lihat biskut siapa yang paling cantik!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Nah kami kongsikan butiran dan jadual penuh di bawah:

Tarikh: 15 Ogos 2020
Masa: 12 tengah hari – 6 petang
Tempat: Gamuda Gardens Experience Gallery

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

12 tengah hari: Sesi pendaftaran. Aktiviti dimulakan.
– Bengkel Menghias Biskut (150 orang)
– Bengkel Little Chef (1 jam)
– Food truck
– Buih gergasi

2 petang
– Demonstrasi masakan dan temu ramah oleh Chef Wan (boleh ditonton melalui Facebook Live di Facebook Gamuda Land)
– Bengkel Little Chef (1 jam)

4 petang
– Demonstrasi masakan oleh Chef Wan
– Bengkel Little Chef (1 jam)

6 petang: Acara tamat

Kalau tak berpeluang ke sini, anda juga boleh mengikuti bengkel memasak Chef Wan melalui Facebook Live di halaman Facebook Gamuda Land pada pukul 2 petang pada hari yang sama.

Alang-alang dah sampai ke Gamuda Gardens, apa kata anda intai-intai ruang pameran unit JOYA sekali!

Image via Gamuda Land
Image via Gamuda Land
Image via Gamuda Land

Buat yang sedang tercari-cari rumah idaman, unit JOYA memang pilihan yang tepat dan sempurna buat anda seisi keluarga. Kediaman 2 tingkat super-linked ini direka dengan susun atur dalaman yang luas dan praktikal serta mempunyai bahagian luar rumah yang lapang, sesuai dengan kehendak keluarga moden masa kini.

Terletak di Gamuda GardensJOYA juga merupakan kawasan kediaman berkepadatan rendah dan berpagar, sekaligus menjanjikan persekitaran yang tenang dan lebih selamat untuk diduduki seisi keluarga. 

Anda juga boleh menikmati kemudahan Taman Permainan Kanak-Kanak dan Taman Keluarga tanpa rasa bimbang.

Tak hairanlah kalau JOYA dinobatkan sebagai penerima anugerah The Best Landed Property by StarPropety Award 2020.

Miliki unit kediaman JOYA sekarang dan nikmati promosi Keep Cash Get Rewards!

Image via Gamuda Land

Yang lebih menarik, kini anda boleh miliki rumah impian di Gamuda Gardens dan nikmati ansuran sehingga 8 bulan dari mereka. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan duti setem percuma dan MOT.

Untuk makluman lebih lanjut, klik sini.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Tertakluk kepada Warta Kerajaan HOC 2020 dan Dasar Pinjaman Bank.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: