Tercampak Ke Jalan Raya & Patah Jari, Siti Jamumall Kongsi Situasi Ketika Kemalangan
Syukur semuanya selamat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya pada Isnin lalu
Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Siti sendiri menerusi posting di akaun media sosial miliknya dengan memuat naik beberapa keping foto dan video.
Dia bagaimanapun kini stabil selepas menerima rawatan di sebuah hospital dan sudah boleh berkongsi situasi sebenar ketika kemalangan berlaku.
Tercampak ke jalan raya dan alami patah jari
Menurut Siti, dia tercampak ke jalan raya dan nasib baik tidak digilis kereta lain.
"Berderau darah mcm nak pengsan semalam dapat wasap dari orang lain hantar gambar siti eksiden. Paling tak puas hati bile panggil ambulance Colombia Hospital datang tgk keadaan taknak pickup sebab tengok keadaan kritikal.
"Last last terpaksa tunggu pulak hospital kerajaan dan 2 jam masih belum dpt rawatan .. end up fedup terus pindahkan ke Avisena. Syukur servis avisena sangat laju .. lepas jumpa dr n xray .. keadaan siti patah jari dan luka2. Terima kasih yg wasap n dtg harini .. maaf tak sempat nak respond semua," katanya.
Dalam pada itu, netizen turut simpati dengan keadaan Siti dan mendoakan agar dia cepat sembuh seperti sedia kala
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!