seismik

Seorang Wanita Dilapor Telah Terjun Hingga Maut Di Sunway Pyramid Pagi Tadi

Insiden itu telah berlaku awal pagi tadi, 28 Disember pada jam 11.20.

Cover image via Sinchew

Seorang wanita hari ini dilaporkan telah meninggalkan dunia di pusat membeli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, 28 Disember

Image via tripadvisor.com

Kenyataan rasmi juga telah dikeluarkan oleh pihak Sunway Pyramid mengenai insiden tersebut empat jam yang lalu ketika artikel ini ditulis.

Baca penuh di bawah:

Di bawah merupakan berita kemaskini mengenai kejadian yang berlaku pagi tadi:

1. Wanita tersebut telah jatuh setinggi tiga tingkat sehingga menyebabkan kematian

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sin Chew Daily, wanita itu dipercayai berusia lingkungan 30-an telah jatuh dari tingkat pertama ke tingkat LG2.

Pihak Sunway Pyramid juga turut berkata bahawa dia didapati telah memanjat sebelum melompat ke bawah.

2. Wanita tersebut telah disahkan meninggal dunia sejurus selepas tiba di Sunway Medical Centre

Mangsa juga turut mengalami kecederaan yang parah selepas jatuh dan segera dibawa ke hospital sebelum dinyatakan telah meninggal dunia.

3. Seorang saksi insiden berkenaan dikatakan berada di sebelah wanita tersebut dan berasa sangat sedih dan marah dengan apa yang terjadi

Saksi berkenaan juga turut berasa sedih dan marah pada ketika itu dan pada masa yang sama telah menggoncang badan mangsa sambil berkata "kenapa awak begitu bodoh?"

Berita ini akan dikemaskini tidak lama lagi

Jika anda mengenali sesiapa sahaja yang anda tahu mungkin mempunyai potensi untuk membunuh diri, sila hubungi hotline yang tertera di bawah:

1. ALL WOMEN'S ACTION SOCIETY (AWAM) - TELENITA 
Alamat: 85, Jalan 21/1, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon: +603-7877 0224 | Website

2. BEFRIENDERS 
Alamat: 95 Jalan Templer, 46000, Petaling Jaya, Selangor.
Telefon: +603-7956 8144 | +603-7956 8145 | [email protected] | Website

3. DBKL TELECOUNSELLING
Alamat: Tingkat 1, Menara DBKL, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur.
Telefon: 1800-88-2600 | 03-26179905

4. TALIAN NUR
Telefon: 15999 | [email protected]

5. WOMEN'S AID ORGANISATION (WAO)
Telefon: +03-7956 3488 |[email protected] | Website

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: