seismik

Diskaun 50% Ditawarkan Oleh KTMB Bagi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Hingga 31 Disember

Diskaun tambang itu juga telah bermula pada 1 November sehingga 31 Disember 2018. Malah, promosi ini juga akan dilanjutkan ke tarikh tertentu jika sambutan menggalakkan.

Cover image via Kosmo

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka memberikan diskaun tambang murah sebanyak 50% dan 25% sehingga hujung Disember ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Clean Malaysia

Menurut laporan, Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, "Bagi promosi diskaun tambang murah, 50% akan diberikan kepada laluan KL Sentral-Gemas-KL Sentral dan juga Sungai Petani-Padang Besar-Sungai Petani untuk perjalanan pada hari Isnin hingga Khamis.

"Bagi promosi diskaun tambah murah 25 peratus, promosi adalah untuk ke mana-mana destinasi laluan tren ETS yang sedia ada bagi perjalanan pada hari Selasa dan Rabu."


Mohd Rani Hisham Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif KTMB.

Image via The Edge Markets

Beliau juga menambah bahawa pembelian tiket boleh dibuat di mana-mana kaunter KTMB sahaja dan ianya tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain itu, promosi hebat itu juga dibuat sebagai tanda penghargaan kepada penumpang setia ETS di samping menggalakkan lebih ramai penumpang untuk merasai pengalaman menaiki tren KTMB ini.

Perkhidmatan yang diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 ini mempunyai 16 perkhidmatan sehari bagi laluan perjalanan antara Kuala Lumpur-Ipoh dengan purata jumlah penumpang seramai 1,500 orang sehari

Kini ETS telah berkembang dengan lebih banyak pilihan laluan perjalanan di antara Sektor Selatan dan Sektor Utara. Iaitu 36 perkhidmatan sehari dengan purata jumlah penumpang 12,000 orang sehari.

Image via KTM Komuter
Menjelang tahun 2019 melalui inisiatif menggalakkan penggunaan pengangkutan awam oleh pihak kerajaan, perancangan menaiktaraf perkhidmatan ETS dengan konsep lebih menarik akan diperkenalkan dan dilaksanakan.
Mohd Rani Hisham Samsudin

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: