seismik

[TERKINI] Malaysia Catat 1,228 Kes Positif Covid-19 Hari Ini!

Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 889 kes.

Cover image via The Malaysian Reserve

Bilangan kes baharu Covid-19 di Malaysia terus meningkat apabila 1,228 kes positif dilaporkan hari ini iaitu yang tertinggi sejak wabak itu melanda negara

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif kini sebanyak 25,742 kes.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula kini adalah 8,966 kes.

Negeri Sabah pula terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 889 kes.

Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 95 kes

Gambar sekadar hiasan.

Image via Rappler

"Daripada 95 kes baharu itu, 29 kes (30.5 peratus) adalah daripada kluster sedia ada dan baharu.

"Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga Sabah sudah diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya.

Menurutnya, sebanyak 502 kes iaitu 41 peratus dari jumlah keseluruhan kes hari ini adalah membabitkan tahanan dalam Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Penjara Reman dan Kluster Tembok.

Katanya, kes berkenaan sememangnya terasing di dalam penjara.

"Sebanyak dua kes pula membabitkan pengunjung yang pulang dari Sabah, ia menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri itu sejak 20 September lalu adalah 468 kes.

"Daripada 1,228 kes baharu pada hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sementara itu, kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini pula adalah seramai 7 orang

Ianya menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia mencecah sebanyak 221 kes atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Sehingga kini, terdapat 92 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, sebanyak 671 kes sembuh pula dilaporkan hari ini. Jumlah kes sembuh terus meningkat kepada 16,555 bersamaan 64.31%

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: