seismik

'Pengawal Keselamatan Tak Berhak Simpan & Ambil IC Anda' - PDRM

Siapa yang baru tahu, lepas ini perlu beringat ok! Jangan sesekali bagi kad pengenalan kepada sesiapa kecuali pihak yang tertentu sahaja.

Cover image via Google

Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda perlu meninggalkan kad pengenalan atau lesen memandu anda kepada pengawal keselamatan untuk memasuki kediaman yang diawasi ketat oleh security guard?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Perkara ini sering berlaku jika anda ingin berkunjung ke rumah rakan-rakan atau ahli keluarga dan pengawal keselamatan tidak membenarkan anda untuk memasuki kawasan rumah tersebut tanpa meninggalkan kad pengenalan anda.

Namun sebenarnya, hendaklah anda ketahui bahawa memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi salah satu kesalahan. Kecuali bagi pegawai yang diberikan kuasa - Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), jika disabitkan kesalahan, anda boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Ini merupakan pegawai-pegawai yang diberikan kuasa untuk memegang atau menyimpan kad pengenalan anda:

1. Pegawai polis
2. Pegawai pendaftaran
3. Pegawai kastam
4. Mana-mana pegawai atau kelas atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh ketua pengarah
5. Anggota tentera yang bertugas menjaga dan mengawas

Diingatkan bahawa mana-mana pengawal keselamatan TIDAK MEMPUNYAI KUASA untuk meminta dan menyimpan kad pengenalan anda.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: