[TERKINI] Peperiksaan Bagi Murid Tahap Satu: Tahun 1, 2 & 3 Akan Dimansuhkan Bermula 2019

Semoga pembaharuan ini akan memberikan impak yang positif terhadap perkembangan murid-murid sekolah rendah.

Awal pagi ini, YB Dr. Maszlee Malik iaitu Menteri Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan di laman Twitter miliknya tentang peperiksaan murid tahap satu yang akan dimansuhkan

Menurut kenyataan tersebut, Dr. Maszlee Malik mengatakan bahawa setiap peperiksaan bagi murid Tahap 1 iaitu darjah satu, dua dan tiga akan mula dimansuhkan bermula tahun 2019.

Ianya juga bakal digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun depan.

Image via Kosmo

Tweet tersebut juga telah dibalas oleh masyarakat dengan reaksi yang begitu positif kerana menurut mereka, ianya sedikit sebanyak mampu untuk mengurangkan bebanan murid-murid

Malah, kenyataan tersebut juga telah membuatkan masyarakat berkongsi pengalaman mereka ketika bersekolah waktu dahulu dan juga perbezaan diantara pendidikan dahulu dan sekarang.

Ada juga yang menyuarakan bahawa mereka lihat anak mereka lebih sibuk daripada ibu bapa yang bekerja kerana terlalu banyak belajar untuk peperiksaan yang akan datang.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment