[TERKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020
PKPP telah dilaksanakan sejak 10 Jun lalu dan sepatutnya berakhir 31 Ogos ini.
Kerajaan mengumumkan untuk menyambung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 1 September ini sehingga 31 Disember ini
Keputusan itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen sebentar tadi.
Beliau berkata, kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha mencegah dan mengawal penularan wabak Covid-19.
"Justeru, demi kepentingan saudara saudari sekalian, kerajaan memutuskan PKPP dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.
"Dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.
"Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan," katanya.
PKPP telah dilaksanakan sejak 10 Jun lalu dan sepatutnya berakhir 31 Ogos ini
Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Kerajaan kemudian mula melonggarkan PKP pada 4 Mei, dengan mengumumkan PKP bersyarat (PKPB) yang kemudian beralih ke PKPP bermula 10 Jun lalu.
Sebelum ini Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan mengesyorkan PKPP dilanjutkan sehingga jangkitan Covid-19 di negara ini terkawal selepas ia akan tamat pada 31 Ogos ini.
Diharapkan agar rakyat dapat terus bersabar dan menerima perkara ini dengan tenang dan baik.
Kita masih belum menang! Ingat, sentiasa jaga penjarakan fizikal & pakai face mask.