seismik

Tiada Had Ditetapkan Untuk Kegelapan Cermin Belakang Kereta & Penumpang Bermula 8 Mei 2019

Kadar ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin depan dan cermin kiri serta kanan pemandu, masing-masing masih kekal 70 dan 50 peratus seperti peraturan sedia ada.

Cover image via Harian Metro

Bermula esok, 8 Mei 2019, penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had dibenarkan pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan.

Gambar sekadar hiasan

Image via Murni Azman

Menurut laporan, sebelum ini ketelusan cahaya tampak ditetapkan pada kadar 30% seperti yang digariskan dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan pindaan ke atas peraturan baru lapisan filem atau cermin gelap ke atas kenderaan motor itu pada hari ini, 7 Mei 2019

Image via imgur.com

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Loke Siew Fook, peraturan yang sedia ada menetapkan ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin hadapan kenderaan adalah 70%, bagi cermin sisi kiri dan kanan adalah 50% manakala cermin sisi kiri dan kanan serta cermin belakang penumpang adalah 30%.

Kini, pindaan yang terbaru bermula hari esok, 8 Mei, adalah ketelusan cahaya tampak menerusi cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan boleh dikurangkan daripada 70%. Manakala cermin hadapan dan cermin sisi kanan dan kiri pemandu masih kekal seperti sedia ada iaitu 70% cermin hadapan dan 50% cermin sisi pemandu.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa kebenaran ini hanya untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja.

Manakala untuk kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, kadar ketelusan cahaya tampak tidak boleh kurang dari 70%.

Image via JPJ Malaysia

Bagi individu yang merancang untuk menggunakan cermin gelap sepenuhnya dari peraturan yang dimaklumkan, boleh membuat permohonan atas sebab-sebab khusus

Contohnya atas faktor keselamatan atau faktor kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

YB Loke Siew Fook turut memaklumkan untuk setiap permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan akan dikenakan fi sebanyak RM50, manakala untuk setiap permohonan yang lulus akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi dua (2) tahun.

Individu yang telah diluluskan penggunaan cermin lebih gelap hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonan.

Individu terbabit perlu mendapatkan pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan jika ingin memohon pengecualian di atas faktor kesihatan. Dengan cara itu, mereka akan dikecualikan daripada sebarang fi.

“Kita lihat latar belakang kebanyakan mereka yang memohon atas faktor keselamatan adalah tan sri, datuk seri & orang berkemampuan. Saya berpendapat mereka golongan berkemampuan dan jika dikenakan fi, ia mampu memberi pendapatan kerajaan."
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook

Gambar sekadar hiasan.

Image via Johor Bahru Car Tinted

Selain itu, satu jawatankuasa juga telah ditubuhkan bagi menilai semua permohonan penggunaan cermin gelap sebelum memberi kelulusan. Ini juga termasuk melihat kembali semua rekod saman dan jenayah pemilik kenderaan terbabit.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Leave a comment