seismik

‘Terpacak’ Di Stesen Kereta Api Seawal 4 Pagi, Guru Korban Masa & Tenaga Demi Curah Ilmu

Tidur malam mereka juga tidak seperti guru-guru lain kerana mereka hanya mampu tidur beberapa jam sahaja sebelum bangun seawal 2 pagi untuk bersiap ke sekolah.

Cover image via Harian Metro

Pengorbanan dua orang guru ini dikatakan begitu besar sehinggakan sanggup menempuh perjalanan selama 7 jam untuk mencurahkan ilmu

Muhammad Asuhan Ramli, 38 dan Muhammad Hilmi Zahari, 31, sanggup mengorbankan masa dan tenaga mereka dengan berulang-alik ke sekolah sejauh 300 kilometer (km) menaiki kereta api setiap pagi bertujuan untuk mencurahkan ilmu kepada anak bangsa yang tinggal di pedalaman.

Menurut laporan, kedua-dua guru ini akan 'terpacak' di Stesen Wakaf Bharu dekat Kota Bharu, Kelantan bagi menunggu kereta api yang dikatakan akan mengambil masa selama tujuh jam bagi perjalanan pergi dan balik ke Sekolah Kebangsaan (SK) Dabong.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Oleh disebabkan itu, tidur malam mereka ini tidak seperti guru-guru lain kerana mereka hanya mampu tidur beberapa jam sahaja sebelum bangun seawal 2 pagi untuk bersiap ke sekolah.

Namun begitu, mereka langsung tidak mengeluh, malah bersyukur kerana tidak perlu tinggal berjauhan dengan keluarga masing-masing.

Muhammad Asuhan Ramli turut berkata bahawa situasi ini telah dilalui olehnya sejak awal tahun ini selepas berpindah dari SK Nenasi di Pahang

Dia menjelaskan pada awalnya situasi itu agak menguji fizikal dan mentalnya kerana perlu bangun seawal jam 2 pagi untuk bersiap dan perlu sampai ke stesen kereta api selewat-lewatnya jam 4 pagi.

"Perjalanan mengambil masa selama tiga jam setengah dan saya akan tiba di SK Dabong, 7.30 pagi. Cabaran besar yang saya terpaksa lalui adalah tanggungjawab saya selaku ketua keluarga terpaksa serah kepada isteri dalam menguruskan anak-anak.

"Masa saya dengan anak-anak agak terbatas kerana setiap hari saya akan tiba semula di Stesen Wakaf Bharu pada 6.30 petang sebelum pulang ke rumah di Pengkalan Chepa," katanya.

Malah, kini dia tidak lagi merasa bahawa ia adalah sesuatu beban selepas beberapa bulan bertugas

"Saya terpaksa berulang-alik kerana isteri bekerja di Kota Bharu. Jika saya menyewa di Dabong, saya perlu tinggal berjauhan dengan anak dan isteri.

"Selain saya, kira-kira lima lagi guru yang bertugas di SK dan SMK Dabong yang menaiki kereta api setiap hari. Namun, mereka naik di stesen lain dan hanya saya dan seorang lagi guru naik di Wakaf Bharu," kata guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris itu.

Muhammad Hilmi menjelaskan bahawa dia memilih untuk menaiki kereta api kerana kos yang perlu ditanggung adalah jauh lebih jimat

Gambar sekadar hiasan.

Image via Renegade Travels

Bukan setakat itu sahaja, sepanjang perjalanan pergi dan pulang juga mereka boleh berehat, tidur atau melakukan apa-apa kerja.

Muhammad Hilmi berkata, "Ketika mula mengajar di SK Dabong, saya pernah memandu kereta ke sekolah, namun kos minyak kereta sahaja sudah mencecah RM50 sehari.

"Sedangkan, dengan menaiki kereta api, saya hanya perlu membayar RM10 untuk tiket pergi dan balik dan sudah tentu saya dapat tidur sepanjang perjalanan. Dalam perjalanan pulang, saya akan menyemak segala urusan sekolah di dalam kereta api kerana masa saya agak terhad di rumah.

"Memandangkan masa agak terhad dengan keluarga, saya perlu bijak membahagikan masa dan situasi yang dialami setiap hari ini sudah menjadi sebati dengan saya," kata guru yang mengajar Matematik dan Bahasa Inggeris itu.

Semoga niat baik kedua-dua guru ini diberikan ganjaran yang setimpal. Amin YRA.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: