seismik

Teruk Menangis Sebab Kalah Main Congkak, Gelagat Adik Ini Buat Netizen Pecah Perut

Comel je!

Cover image via Twitter @RuzainiRed

Di musim PKPB ini, pasti ramai dalam kalangan kita yang banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah bukan?

Gambar sekadar hiasan

Image via Bawang putih

Mana tidaknya, nak keluar rumah risau pula terdedah dengan wabak Covid-19. Malah kerajaan juga tidak menggalakkan kita untuk berada di luar rumah jika tiada keperluan bagi mengelak dari dijangkiti wabak yang boleh membawa maut ini.

Jadi, pilihan yang ada di tangan kita sekarang adalah dengan kekal berada di dalam rumah dan meluangkan masa bersama insan tersayang. Lakukan aktiviti-aktiviti sihat dan bermanfaat bagi mengelak dari rasa bosan akibat 'terperap' di dalam rumah.

Jika anda perasan, di media sosial ramai yang berkongsikan aktiviti yang dilakukan mereka ketika musim PKP dan PKBP ketika ini. Antaranya adalah mengubahsuai bilik, bercucuk tanam, bermain permainan tradisional bersama keluarga, mencuba pelbagai resepi dan banyak lagi.

Terbaru di Twitter, seorang individu telah berkongsikan video aktiviti riadah yang dilakukan olehnya bersama keluarga di dalam rumah

Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama Ruzaini ini telah menjadi viral dan mendapat lebih daripada 106 ribu tontonan berserta 7 ribu retweets.

Apa yang menariknya di dalam video tersebut adalah gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang sedang dalam 'kekecewaan' ketika sedang bermain congkak.

Menerusi video berdurasi 0:44 saat itu, kanak-kanak lelaki berbaju kuning hijau bersama kain pelikat itu dilihat sedang menangis gara-gara terlalu frust dalam 'perlawanan' congkak tersebut.

Sambil dilihat mengesat air mata, kanak-kanak itu bagaimanapun tetap meneruskan permainan ketika tiba gilirannya.

Ternyata video itu telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu

Menyifatkan reaksi kanak-kanak tersebut sebagai lucu, ada juga netizen yang secara berseloroh berasa 'geram' terhadap abang kepada budak itu yang dilihat seolah-olah tidak 'beralah' dengan adiknya.

Banyak betul 'rumah terbakar'

Tak apalah, kalah menang adat permainan dik. Lepas ni usaha lagi ya, kalahkan pula abang adik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan: