Tiada Anak Salah Siapa Sebenarnya? Lelaki Atau Wanita? Ini Pencerahan Berguna Dari Pakar

Jangan terlalu menyalahkan sebelah pihak sahaja.

Jika anda sudah berkahwin selama beberapa tahun namun masih belum dikurniakan zuriat, janganlah mudah untuk mempersalahkan si isteri kononnya mereka tidak 'subur'

Banyak lagi faktor lain yang mungkin menyebabkan pasangan berkahwin belum diberikan rezeki untuk melengkapkan lagi ikatan perkahwinan mereka.

Ada yang sehingga bertahun-tahun lamanya masih diuji dengan perkahwinan tanpa zuriat. Namun, anda harus percaya bahawa rezeki yang diberikan oleh Allah adalah berbeza-beza untuk setiap manusia.

Jadi percayalah, rezeki anda akan kunjung tiba. Cepat atau lambat sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Image via Healthline

Jika anda mengalami situasi seperti ini setelah beberapa kali mencuba untuk mendapatkan zuriat, teruskan ikhtiar. Itu merupakan salah satu fitrah manusia yang tidak patut hilang.

InsyaAllah, Dia akan kurniakan rezeki itu.

Rata-rata lelaki akan terus menyalahkan wanita jika mereka tidak dikurniakan zuriat.

Namun sebenarnya, ada penjelasan yang ramai tidak tahu.

Gambar sekadar hiasan

Image via Very Well Family

Dakwaan yang dilakukan secara menyeluruh telah menampakkan bahawa ramai yang menyalahkan para wanita kerana tidak subur.

Bagaimana pula dengan suami? Adakah gaya hidup mereka yang kian mengabaikan amalan pemakanan dan sebagainya tidak menjadi punca gagal mendapatkan zuriat?

Baca penjelasan seorang doktor iaitu Dr T Komathy yang juga dikenali sebagai Ketua Unit Fertiliti Bahagian Reproduksi Manusia LPPKN tentang isu ini.

Lelaki yang mengabaikan amalan pemakanan, merokok dan sering menggunakan telefon pintar turut menyumbang ketidaksuburan lelaki.

Kenapa?

Gambar sekadar hiasan

Image via Info Suka Cuka

Menurut laporan, kesan gelombang atau radiasi ketika menggunakan telefon pintar juga turut memberikan kesan negatif terhadap kualiti sperma dan menjejaskan alat kelamin.

Dr T Komathy menjelaskan, “Tanpa disedari kebanyakan lelaki meletakkan telefon bimbit mereka di dalam poket seluar yang memberi kesan kepada masalah ketidaksuburan sperma,” katanya.

Beliau juga turut menambah berkaitan masalah ketidaksuburan lelaki yang dianggarkan 30% sejak 10 tahun.

Namun begitu, masalah kesuburan lelaki sekitar 20 hingga 30 tahun yang lalu kurang dilaporkan kerana kurang penggunaan telefon bimbit dan tiada kemudahan internet.

"Sperma begitu sensitif terhadap radiasi. Penggunaan internet dengan radiasi tinggi yang biasanya digunakan menerusi telefon bimbit semakin meluas."
Dr T Komathy, Ketua Unit Fertiliti Bahagian Reproduksi Manusia LPPKN.

Tambahan lagi, radiasi yang dipertingkatkan untuk memberi mutu perkhidmatan internet terbaik buat masa kini mungkin menjadi punca kesuburan lelaki semakin menurun

“Saya tidak menyalahkan radiasi semata-mata terhadap kesuburan lelaki tetapi tidak mustahil ia mungkin antara penyumbang kepada masalah berkenaan,” kata Dr T Komathy.

Malah, beliau juga turut menjelaskan bahawa tiada kajian khusus dilakukan terhadap radiasi itu untuk mengetahui tahap kesuburan manusia. Ini kerana kajian dan penyelidikan itu akan memakan belanja yang tinggi.

Selain itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa masalah kesuburan lelaki dijangka semakin meningkat kerana amalan gaya hidup dan persekitaran yang berubah.

Di bawah merupakan info tentang masalah kesuburan yang dikenalpasti:

Image via Hello Sehat

1) Penyelidik dari Paris mendapati makan kacang boleh meningkatkan jumlah dan kesihatan sperma secara ketara dalam kalangan lelaki muda.

2) Kajian Tulane University School of Public Health and Tropical Medicine menunjukkan lebih daripada 15 peratus pasangan berkahwin mengalami masalah kesuburan.

3) Kira-kira 23 peratus kes disfungsi erektil pada lelaki boleh dikaitkan dengan amalan merokok.

4) Jurnal Psychiatry India mendedahkan kerap minum alkohol boleh mengurangkan tenaga libido.

5) Meningkatkan risiko disfungsi erektil.

6) Meningkatkan potensi lelaki mati pucuk.

Masalah kesuburan lelaki sememangnya lebih rumit berbanding wanita yang senang difahami apabila dikesan mengalami masalah dalam rahin seperti Endometriosis atau PCOS (Polycyctic Ovarian Syndrome).

Antara punca masalah ketidaksuburan ini berlaku adalah fungsi sperma abnormal, penyumbatan pada saluran sperma, penyakit kecederaan dan masalah kesihatan yang kronik.

Namun, selepas pemeriksaan, Dr T Komathy berkata beliau mendapati bahawa banyak kes gagal mendapatkan zuriat adalah berpunca daripada suami walaupun mereka enggan mengaku bahawa mereka adalah punca.

Image via Ave Heart

Tambahan pula, kekurangan sesetengah nutrisi penting juga turut menyumbangkan kepada punca sperma bermasalah.

Oleh itu, mereka perlu mengambil makanan yang mengandungi pelbagai vitamin penting seperti zink, vitamin E dan sillanium iaitu nutrisi yang membantu meningkatkan kualiti sperma.

“Saya hanya boleh menyarankan suami bermasalah menjalani gaya hidup sihat terutama pengambilan makanan sihat dan membuang amalan buruk seperti minuman keras dan mengurangkan pengambilan kafien kerana ia boleh merosakkan sperma.”
Dr T Komathy

Kesimpulannya, jangan cepat menghukum kerana ianya bergantung kepada tahap penerimaan seseorang

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment