seismik

[TERKINI] Tiga Orang Kini Dibenarkan Menaiki Satu Kenderaan Ketika Tempoh PKPB

Kebenaran itu berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Cover image via Majlis Keselamatan Negara (Facebook)

Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memutuskan untuk membenarkan tiga individu dalam sesebuah kenderaan

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Star

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini bagi menjawab pertanyaan dan cadangan oleh orang ramai untuk prosedur operasi standard (SOP) menaiki kenderaan itu dikaji semula.

"MKN memberi kelonggaran SOP ini untuk orang ramai khususnya kepada mereka yang perlu menaiki kenderaan lebih daripada dua orang dalam satu-satu masa.

"Kebenaran ini juga terpakai untuk kenderaan teksi dan e-hailing yang menerima penumpang lebih daripada satu orang dari rumah yang sama," katanya.

Jelas Ismail Sabri lagi, budi bicara daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan digunakan dalam membenarkan tiga individu dalam setiap kenderaan.

Terdahulu, Ismail Sabri menjelaskan tiada SOP khusus berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menetapkan penumpang kereta perlu berada di tempat duduk belakang atau hadapan dalam sesebuah kenderaan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Remaja

Perkara itu dinyatakan beliau, merujuk satu video yang tular kononnya seorang pemandu kereta dikenakan saman oleh polis kerana membenarkan penumpang berada di tempat duduk bersebelahan pemandu dalam kenderaan.

Ismail Sabri menegaskan, tiada sebarang penetapan untuk penumpang duduk di kerusi belakang atau sebelah pemandu dalam kenderaan, asalkan mereka tinggal di sebuah rumah yang sama.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: