seismik

Toys "R" Us Tampil Kolaborasi Bersama Kiztopia Perkenal Konsep 'Toy+Play' Buat Pengunjung

Taman permainan tertutup Kiztopia itu juga telah dibuka secara rasmi baru-baru ini di pusat beli-belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Cover image via Toys "R" Us Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Toys "R" Us Malaysia membuka kedai perdananya secara rasmi di pusat beli-belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur baru-baru ini

Istimewanya apabila jenama popular itu turut menawarkan konsep baharu iaitu Toy+Play dengan memperkenalkan taman permainan tertutup Kiztopia.

Pembukaan kedai perdana yang telah diubah suai itu bakal menarik lebih ramai pengunjung daripada semua peringkat umur selaras usaha transformasi berterusan syarikat terbabit di seluruh rantau Asia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Toys "R" Us Asia, Leo Tsoi, pihaknya komited untuk memberi inspirasi dan memupuk generasi akan datang.

"Berdasarkan kejayaan kerjasama kami dengan Kiztopia di Singapura, kami sangat teruja untuk meluaskan perkongsian ini ke Malaysia dan memperkenalkan konsep Toy+Play kepada kanak-kanak.

"Kami berharap seisi keluarga dapat meneroka cara permainan baharu ini bersama-sama," katanya.

Dilengkapi 18 kawasan permainan termasuk gelongsor, lubuk bola, gelanggang inflatable, trampolin, dinding memanjat dan bilik permainan peranan (role-play)

Kiztopia Club turut diperkenalkan sebagai sebuah jenama Kiztopia yang dibuka di dalam kedai yang berkeluasan 5,500 kaki persegi.

Dalam pada itu, diskaun sebanyak 15 peratus diberikan sebagai promosi pembukaan Kiztopia Club bagi tiket kemasukan sekali serta diskaun 10 peratus untuk tiket kemasukan 10 kali dan pas tahunan yang sah sehingga 20 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kiztopia, Heidi Tian berkata, pihaknya teruja bekerjasama dengan Toys "R" Us Asia dalam melancarkan kedai perdana Toy+Play sulung mereka di Malaysia dan memperkenalkan kedai Kiztopia pertama di negara ini.

"Sebagai sebuah syarikat pemilik harta intelek (IP) berdaftar di Singapura dengan 15 cawangan di lima negara, kami berdedikasi untuk menjadikan pengalaman edutainment inovatif kami lebih mudah diakses oleh keluarga di seluruh Asia.

"Perkongsian ini mewakili satu langkah besar ke hadapan dalam misi kami dan menekankan komitmen kami untuk mengembangkan kehadiran kami di Malaysia sambil meningkatkan hubungan kekeluargaan melalui pengalaman unik kami," katanya.

Sebagai rekod, Toys "R" Us telah membuka kedai pertamanya di Malaysia pada 2005 dan sejak itu, ia telah menjadi destinasi tumpuan utama keluarga dan juga kanak-kanak.

Kedai perdana ini menandakan satu kejayaan penting yang mana aktiviti bermain digabungkan dengan pembelajaran di sebuah kedai yang menampilkan reka bentuk generasi baharu berestetik moden dan visual penyusunan produk yang lebih menarik.

Kedai perdana ini turut menampilkan bahagian utama khas yang dinamakan "Toy Valley' yang mana mainan terlaris pada musim terkini dipamerkan untuk menarik para pelanggan.

Para pengunjung pasti tertarik dengan 10 kit model Gundam pemenang anugerah yang direka dengan terperinci oleh juara Piala Dunia Pembina GUNPLA (GUNPLA Builders World Cup) yang dipamerkan untuk meraikan pembukaan kedai perdana ini.

Para pencinta mainan juga akan teruja apabila menyaksikan sendiri patung bersaiz sebenar termasuk Ultraman, Transformers, Iron Man, Batman, LOL dan Gabby’s Dollhouse kegemaran mereka sambil menerokai dengan bebas ruang kedai yang dipenuhi pelbagai jenis mainan berinovasi dan juga tarikan yang disediakan.

Antara promosi pembukaan ialah pemberian baucar RM10 percuma kepada 100 ahli kad Star Toys “R” Us pertama selain hadiah dengan pembelian eksklusif bagi jenama Hot Wheels, Lego, Gundam, Beyblade, Tomica, Nerf dan Pokemon selagi stok masih ada.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: