Tular Ustaz Di TikTok Kongsi Minuman Tidak Halal Di Kedai Serbaneka, Ini Penjelasan JAKIM
Semoga lepas ini ramai lebih cakna.
Sebagai umat Islam, adalah penting untuk kita mengambil berat tentang halal dan haram sesuatu makanan atau minuman
Namun, kadangkala memang kita terlepas pandang dan tidak tahu pun kita sudah memakan makanan yang tidak halal. Seeloknya, lebih baik periksa dulu.
Baru-baru ini, tular pula sebuah video di TikTok mengenai seorang ustaz berkongsi minuman yang tidak halal dijual di kedai serbaneka.
Lihat video penuh itu di bawah:
Minuman Nutri Malt diletakkan sederet dengan air tin jenama lain, sebenarnya tiada tanda halal
Menerusi perkongsian video daripada @ustaz_syah, kelihatan dia sedang berada di sebuah kedai serbaneka dan memberitahu terdapat minuman yang tidak halal dijual di situ.
Kemudian, dia membuka peti sejuk penyimpanan minuman kotak dan tin dari pelbagai jenis jenama seperti Goodday, Dutch Lady, Hershey's dan lain-lain.
Apa yang mencuri tumpuan warganet adalah apabila ustaz itu mengambil air tin jenama Nutri Malt yang tiada tanda halal. Malah, minuman itu dikeluarkan oleh syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.
Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 4M tontonan, 308.7K tanda suka serta 74K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut memberikan pandangan masing-masing
Ramai yang mempersoalkan tentang mengapa minuman itu diletakkan bersama-sama dengan minuman halal yang lain.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!