seismik

Tular Video Mangsa Termasuk Kanak-Kanak ‘Tercampak’ Dari Sotong Ride Di Fun Fair

Kejadian difahamkan berlaku di Puncak Alam, Selangor.

Cover image via @Januarhaikal (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan tragedi yang berlaku di fun fair Puncak Alam

Ramai yang dilihat meluangkan masa dengan keluarga di fun fair yang ada di Puncak Alam baru-baru ini. Namun, sebuah tragedi berlaku semalam apabila terdapat ride yang rosak dan menyebabkan beberapa orang tercampak. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tiga orang didapati cedera kerana terjatuh daripada tapak permainan

Menerusi video berkenaan, kelihatan ada yang menaiki Sotong Ride di situ namun pada akhir video ada yang tercampak gara-gara tapak permainan tidak stabil.

Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis menerima maklumat kejadian berkenaan pada jam 9 malam.

Bagaimanapun katanya, polis masih belum mengenal pasti identiti mangsa terlibat dan perkara itu masih dalam siasatan.

"Ketiga-tiga mangsa sudah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut" katanya.

Ketika itu, kedengaran suara jeritan yang dipercayai daripada pengunjung pesta ria tersebut. Selepas kejadian, orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian  membantu menenangkan mangsa.

Image via Tashi Media
Image via Tashi Media
Image via Tashi Media
Image via Tashi Media
Image via Tashi Media

Mangsa telah dibawa ke hospital dan kes ini masih dalam siasatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: