seismik

TV3 Kini Lancar #BacaBeritaChallenge & Terbuka Untuk Semua. Kalau Berani, Jom Cuba Nasib!

Setiap penghantaran untuk #BacaBeritaChallenge ini akan diterima dalam Bahasa Melayu sahaja.

Cover image via First Nationwide Group

Pernah terfikir untuk jadi Pembaca Berita tak?

Image via Giphy

Bila ditanya tentang cita-cita sewaktu kecil, pasti anda akan jawab "Nak jadi macam pembaca berita TV3 tu, nak masuk TV!" dan sebagainya. Betul tak? Jangan tipu, mesti pernah terfikir punyalah!

Kini, TV3 akan merealisasikan impian anda. Anda boleh baca berita dan menang dengan mengambil bahagian dalam cabaran #BacaBeritaChallenge yang dianjurkan oleh pihak TV3. Dengan cabaran ini, anda mungkin akan menjadi salah seorang pemenang bertuah yang bakal membawa pulang 1 unit telefon pintar jenama realme!

Jangan risau, skrip berita yang bakal anda baca sudah disediakan di bawah dengan tajuk yang berbeza. Pilih dan baca je okay?

1. Ketibaan Pelancong Asing Ke Malaysia Meningkat

2. Kebanjiran Pengumpul Duit Syiling Lama Undang Gusar

3. realme Lancar Model Mampu Milik Berprestasi Tinggi

4. UNESCO Umum 29 Lokasi Baharu Tapak Warisan Dunia

Namun, jika anda tidak sukakan topik yang telah disediakan di atas, boleh klik sini untuk lebih banyak topik menarik untuk dibaca dalam cabaran #BacaBeritaChallenge ini.

Bagaimana cara-cara untuk mengambil bahagian dalam #BacaBeritaChallenge? Senang sahaja, ikuti langkah mudah di bawah:

  1. Layari YouTube Buletin TV3 untuk dapatkan skrip berita
  2. Mainkan video skrip berita dari YouTube Buletin TV3 di komputer dan rakam diri anda membaca berita menggunakan telefon pintar
  3. Muat naik video tersebut ke Instagram
  4. Sila pastikan anda menaip #BacaBeritaChallenge dan tag @BuletinTV3 pada setiap video yang anda muat naik

Tertakluk kepada terma dan syarat

  1. Hanya video #BacaBeritaChallenge yang menggunakan skrip dari YouTube Buletin TV3 sahaja layak dipilih sebagai pemenang
  2. Anda boleh memuat naik seberapa banyak video penyertaan namun hanya layak memenangi satu hadiah sahaja
  3. Guna kreativiti sendiri untuk menjadikan video membaca berita anda lebih menarik dan jadikan ia tular! Potensi untuk menang lebih tinggi sekiranya video anda mendapat jumlah tontonan yang memberangsangkan
  4. Rakaman video membaca berita mestilah tidak kurang daripada 50 saat
  5. Hanya video yang dimuat naik sebelum jam 11:59 malam pada 22 Ogos 2019 sahaja yang layak bertanding
  6. Pastikan Instagram anda berstatus PUBLIC, bukan PRIVATE ya!

Paling menarik, hadiah yang bakal diterima bukan setakat telefon pintar realme, anda juga bakal dijemput ke Sri Pentas untuk rasai sendiri pengalaman membaca berita di Studio A!

Image via Tenor

Berikut merupakan antara hadiah lain yang bakal diterima oleh setiap individu terpilih yang mengambil bahagian:

  1. 10 unit telefon pintar jenama Realme untuk pembaca terbaik bagi setiap skrip yang terdapat di YouTube Buletin TV3 - (1 skrip 1 pemenang)
  2. 10 orang pembaca berita terbaik ini juga akan dijemput ke Sri Pentas untuk merasai sendiri pengalaman membaca berita secara profesional di Studio A lengkap dengan pakaian dan solekan seperti pembaca berita sebenar!
  3. Rakaman sesi tersebut akan dimuat naik di YouTube Buletin TV3
  4. Para pemenang juga berpeluang muncul di Buletin Utama dan beramah mesra bersama penyampai-penyampai berita TV3

Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai sertai #BacaBeritaChallenge yang dikuasakan oleh realme!

Image via Gfycat

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ingat senang ke nak jadi wartawan?

You may be interested in: