seismik

UWC Short Course: Sekolah Diversiti Kembali Lagi, Percuma Untuk Pelajar Tingkatan 4 & 5

Mohon sekarang, permohonan akan ditutup pada 30 Julai 2023.

Cover image via Architects of Diversity Malaysia (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Untuk pengetahuan semua, UWC Short Course: Sekolah Diversiti diadakan adalah untuk bertujuan bagi meneroka perspektif tentang identiti, kepelbagaian dan keterangkuman

Program ini mengumpulkan belia dari semua lapisan masyarakat untuk berkongsi ruang yang selamat untuk mengembangkan perspektif tentang kepelbagaian Malaysia yang lebih luas dan mendalam sambil menjalin persahabatan baru yang mampu bertahan seumur hidup!

Melalui program interaktif yang dipenuhi dengan bengkel, perbincangan dan sesi refleksi ini juga, peserta akan diinspirasikan untuk berfikir secara kritis sambil mempelajari pelbagai perspektif dan idea lalu menyelesaikan persoalan besar yang dihadapi oleh masyarakat berbilang budaya.

Program UWC Short Course: Sekolah Diversiti yang terakhir bagi tahun 2023 akan diadakan pada:

Tarikh: 28 Ogos - 1 September 2023

Lokasi: Al-Sakinah Resort, Janda Baik, Pahang

Siapakah yang Architects of Diversity Malaysia mencari?

Kami sedang mencari pelajar Tingkatan 4 & 5 (2022-23) dari seluruh Malaysia daripada semua jenis latar belakang kaum, agama dan sosioekonomi yang:​

- Bersemangat untuk membina budaya keamanan dan persefahaman antara budaya

- Bakal pemimpin masa depan yang akan memupuk perpaduan dan keterangkuman dalam komuniti mereka

Melalui program dwibahasa (dijalankan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu), peserta akan bergaul dengan rakan-rakan daripada latar belakang yang berbeza dan meneroka pelbagai perspektif identiti, kepelbagaian dan keterangkuman, sambil menjalin persahabatan baru yang mampu bertahan seumur hidup.

Kos penginapan, makanan dan pengangkutan ke tapak program ditanggung dan percuma sepenuhnya!

Untuk memastikan peluang sama rata bagi semua orang, program ini adalah percuma sepenuhnya! Kos penginapan, makanan dan pengangkutan ke tapak program ditanggung. 

Butiran lanjut di bawah:

Bagaimana untuk memohon?

Hantar permohonan anda dengan memperkenalkan diri anda dalam esei pendek (minimum 150 patah perkataan) atau video pendek (2 - 3 minit) dengan berkongsi mana-mana satu pilihan di bawah, atau apa sahaja yang anda berasa akan membantu pihak penganjur memahami anda dengan lebih baik!

1. Nilai apa yang anda mengamalkan dalam hidup anda?

2. Masalah apa yang anda perhatikan dalam persekitaran anda yang ingin anda selesaikan

3. Beritahu kami tentang suatu ketika anda dicabar oleh pendapat, idea, konsep atau latar belakang yang bertentangan. Bagaimana perasaan anda, dan apa yang anda lakukan pada akhirnya?

Tarikh permohonan akan ditutup pada 30 Julai 2023.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman web Architects of Diversity atau klik di sini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: