seismik

"Van De Beek" - Mat Salleh Gunting Rambut, Siap Cakap Dalam Loghat Utara Ini Jadi Bualan

Fasih betul!

Cover image via @khuzairyfouzi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Kita sudah pasti sangat teruja apabila terjumpa pelancong yang fasih bercakap dalam bahasa ibunda bukan?

Kadangkala, kita suka dengar mereka berbual sebab kedengaran sangat unik dan sedap. Bukan setakat itu, kita jadi excited dan kagum bagaimana mereka boleh sebut dengan betul. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang mat salleh fasih dalam loghat utara telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@khuzairyfouzi

first time barber mcm kami yang tak tera mana ni pon mat salleh ni sanggop mai gunting dengan kain takdak kami bedai pakai baju hujan jaa #fyp #fyp #foryou #fypdongggggggg

original sound - Khuzairy Fouzi - Khuzairy Fouzi

Cakap dalam loghat utara siap sebut 'mana-mana rancak berdosa'

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang mat salleh sedang duduk di halaman rumah untuk digunting rambutnya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila orang di situ semua terkejut bahawa dia sanggup menggunting rambut di tempat sebegitu. Lebih mengejutkan lagi adalah apabila dia juga fasih dalam berbahasa Melayu siap cakap dalam loghat Utara lagi.

"Penang lah, mana-mana rancak berdosa, nasi kandaq, teh tarik", katanya.

"Bang Van Dee Beek bukan main Everton ke jauh noh pegi sampai penang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 652K tontonan, 99K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut teruja melihat mat salleh itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Wah, rancak betul dia habak bahasa utagha! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: