[VIDEO] Bapa Menangis Teruk Bila Kucing Kesayangan Mati Dilanggar Selepas 6 Tahun Bersama
Pasti sedih bila lihat kucing kesayangan mati depan mata.
Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang manja dan mencuit hati
Sesiapa yang bela kucing pasti tahu perasan sayang kepada haiwan itu lebih-lebih lagi bila dah bela bertahun-tahun.
Sama seperti manusia, haiwan juga mempunyai jangka hayatnya dan pemergiannya pasti membawa rasa sedih terutama pada pemiliknya.
Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video di laman Twitter menujukkan seorang ayah yang sedang menangis apabila mengetahui kucing kesayangannya itu mati.
6 tahun bersama dari kecil lagi dan suka tidur dengan abah
Difahamkan ahli keluarga itu telah mengalami kesedihan apabila kucing kesayangan mereka pergi buat selamanya.
Kucing yang dikenali sebagai 'Milo' itu sudah 6 tahun tinggal bersama keluarga tersebut daripada kecil sehinggalah membesar dengan sihat.
Milo juga sangat rapat dengan si ayah dan sering tidur bersama-sama. Malah, setiap hari si comel itu akan mengejutkan lelaki berkenaan bila masuk waktu solat subuh.
Abah menangis tak henti bila lihat 'Milo' pergi
Kucing itu dikatakan mati selepas dilanggar kereta oleh ahli keluarganya sendiri secara tidak sengaja. Tapi, yang paling terkesan dengan kejadian ini adalah si ayah.
Menerusi video tersebut, si ayah dilihat memegang jasad 'Milo' yang sudah tidak bernyawa itu dengan penuh erat sambil menangis teresak-esak.
Lelaki itu kemudiannya membawa haiwan tersebut untuk ditanam di halaman rumah mereka.
Sepanjang tempoh hidupnya 'Milo' merupakan haiwan peliharaan yang mampu memberi senyuman dan keceriaan dalam keluarga tersebut.
Namun siapa sangka usianya tidak panjang dan keluarga itu terpaksa menerima hakikat yang haiwan kesayangan mereka itu telah tiada.
Tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen turut bersimpati atas kejadian tersebut dan memahami perasaan itu