seismik

[VIDEO] Baru Nak Mandi Dekat Kolam Luar Rumah, Sekali Ada 'Tetamu' Pula Yang Rasmikan Dulu

Siap bawa geng ya nyet.

Cover image via @iqa329 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini telah memaksa kita untuk lebih berhati-hati dan menjaga keselamatan diri

Walaupun ramai yang sudah mula kembali bekerja dan melakukan aktiviti seperti sediakala, namun ada yang masih mengambil pendekatan untuk meluangkan waktu hujung minggu mereka di rumah saja demi menjaga diri dan keluarga.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi masa santainya telah dicuri oleh 'tetamu tak diundang' telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@iqa329

baru nak mandi, sekali keluar tgk ada orang lain plk ##fyp ##fypviral ##fyptiktokmalaysia

Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod

Terus terbatal niat nak mandi dekat kolam lepas nampak monyet

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita pada mulanya ingin mandi di kolam yang berada di luar rumahnya.

Namun, dia terkejut sebaik saja dia keluar, dia melihat ada beberapa ekor monyet yang terlebih dahulu mandi di kolam tersebut dengan gembiranya. Situasi itu membuatkan niatnya terus terbatal selepas melihatnya.

"Dia ingat dah takda yang nak mandi sebab tu dia ajak family sekali" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan membuat andaian masing-masing mengenai situasi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 161.2K views, 15.4K likes dan 1,791 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alamak monyet ni, seronok betul mandi ya macam kolam sendiri :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: