seismik

[VIDEO] Bekas Penghuni Henry Gurney Ini Pernah Terima Anugerah Pelajar Cemerlang

Jangan lupa saksikan Sembang Viral musim kedua bersama hos, Datuk Rosyam Nor pada setiap Isnin, 10:30 malam di TV9 dan saluran Astro 149.

Cover image via TV9

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Adakah semua peka tentang peranan pusat pemulihan di Malaysia?

Tular sebuah berita tentang madrasah yang didakwa menggunakan kekerasan dan penderaan untuk mengajar penghuninya. Namun begitu, setelah disiasat oleh pihak polis, sebenarnya dakwaan tersebut adalah palsu dan tidak berlaku. 

Tetapi hari ini kita bukan ingin bercakap tentang perkara itu, tetapi kita ingin bercakap tentang pusat pemulihan iaitu peranannya dan bagaimana ianya membantu mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan juga masalah sosial.

Golongan ini perlu diberi rawatan dan peluang

Puan Hafidah dari AADK mengatakan kewujudan pusat pemulihan adalah penting kerana ia membantu merawat penagih yang dikategorikan sebagai pesakit dan tidak wajar dilabel negatif secara berterusan. Penagih juga perlu menjalani proses rawatan yang panjang dan tidak boleh sembuh dalam waktu yang singkat.

“Matlamat akhir kita adalah nak membentuk seorang penagih itu kembali pulih….kena melalui proses jangka panjang….dan bukan jangka masa yang singkat dan akhirnya dia kembali berfungsi…boleh berbakti kepada ibu bapa…menyumbang balik kepada komuniti.” katanya.

Dapatan kajian AADK juga mengatakan apa yang menyebabkan orang terlibat dengan dadah kerana seseorang boleh mendapatkan bekalan dadah dari kawan dan ini menyebabkan seseorang itu boleh berisiko terjebak 8 kali ganda. 

Selain itu mereka yang mempunyai tahap kesihatan mental yang terjejas di mana berdepan dengan pelbagai masalah termasuk pengaruh persekitaran keluarga.

Image via TV9

Pengalaman Izzad Daniel sebagai salah seorang bekas pelajar Henry Gurney dijadikan sebagai pengajaran

Izzad Daniel merupakan bekas penghuni Sekolah Henry Gurney dan dimasukkan ke sekolah tersebut atas kesalahan kes samun. Dia juga pernah dibuang sekolah sebanyak 7 kali dan pernah terlibat dengan kes dadah.

“…saya pernah dibuang sekolah 7 kali, saya nak buat something yang untuk mak bapak bahagia…saya check balik apa yang mak saya nak..kecik-kecik mak saya hantar saya pergi sekolah...akhirnya saya mendapat keputusan 5A dalam SPM.." katanya.

Semasa menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney, Izzad tekad untuk mengambil SPM untuk mengharumkan nama mak ayahnya walaupun mak ayahnya adalah keluarga angkat. Ini kerana dia ingin menunaikan hasrat ibu angkatnya yang tidak pernah serik menghantarnya untuk belajar sejak dari kecil. 

Akhirnya, dia berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 5A dan dianugerahkan pelajar cemerlang tahun 2019.

Image via TV9

Semangat dan kekuatan diperoleh dari kedua ibu dan ayahnya

Izzad berkata dia beruntung mempunyai mak ayah yang menyayanginya dan menerimanya walaupun pernah terlibat dengan pelbagai masalah sosial. Menurut Izzad, seorang penagih dadah atau mereka yang mengalami masalah sosial ini memerlukan perhatian keluarga. Jika tidak itu yang membuatkan jiwa mereka memberontak dan mula membuat sesuatu perkara yang tidak baik.

Kata Izzad, melibatkan diri dalam kancah dadah bukan sahaja menyebabkan porak peranda pada diri sendiri dan keluarga malah mendatangkan kerugian pada masyarakat dan melibatkan orang lain.

Image via TV9

Saksikan Sembang Viral bersama Datuk Rosyam Nor dan panel jemputannya

Saksikan Sembang Viral musim kedua bersama hos, Datuk Rosyam Nor pada setiap Isnin, 10:30 malam di TV9 dan saluran Astro 149.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini program TV9, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok TV9.

Tonton video penuh Sembang Viral (Musim Ke-2) (2022) | Episod 10 - Dilema Mat Gian di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: