[VIDEO] Budak Lelaki Ini Takut Telefon Bergerak Sendiri Masa Belajar, Tapi Rupa-Rupanya...
Lah, patutlah dik oi!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara, kita semua digalakkan untuk melakukan kerja dari rumah saja
Hal ini termasuklah bagi pelajar yang perlu menjalankan pengajian mereka secara dalam talian saja. Meskipun ramai yang berpendapat ianya mungkin agak sukar tetapi inilah jalan terbaik daripada terkena wabak berbahaya ini.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang budak lelaki yang sedang melakukan kerja sekolahnya sambil merakam telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cuak tengok telefon tiba-tiba gerak sendiri, rupanya letak atas permukaan licin
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki sedang melakukan kerja sekolahnya sambil merakam dirinya.
Dia kemudian mula melihat telefon tersebut dan menyedari telefon itu secara tiba-tiba bergerak sendiri tanpa disentuh. Dengan muka yang ketakutan, dia meletakkan kembali telefon itu ke tempat asal.
Namun, telefon itu tetap bergerak dengan sendirinya. Disebabkan itu dia memanggil ibunya untuk memberitahu situasi itu dalam nada yang ketakutan.
Apa yang lebih melucukan adalah sebaik saja dilihat oleh si ibu rupa-rupanya dia meletakkan telefon tersebut di atas permukaan yang licin menyebabkan ia bergerak sendiri. Situasi itu membuatkan si ibu tergelak melihat gelagat anaknya.
"10 kali ulang 10 kali gelak, lawak lah" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi budak tersebut yang dilihat begitu takut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 88.8K views, 5,254 likes dan 450 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: