[VIDEO] Degil Nak Ikut Juga Pergi Bazar, Isteri ‘Auto Stop’ Membebel Bila Suami Upah Duit
Daripada harimau terus bertukar jadi kucing tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dalam kehidupan berumah tangga, pastinya pelbagai ragam suami dan isteri kadangkala pening juga nak dilayankan
Lebih-lebih lagi para isteri yang kuat membebel tak tentu pasal, naik pening si suami dibuatnya. Memandangkan sekarang bulan Ramadan, sudah pasti ramai yang tidak sabar nak pergi ke bazar kerana rindukan suasana seperti ini.
Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila orang rumahnya membebel kerana tidak diajak pergi ke bazar Ramadan dan berkeras ingin ikut mencuri tumpuan ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Degil nak ikut pergi bazar, sekali terus senyap bila suami hulur duit
Menerusi video yang dimuat naik oleh Wahida Ismail GB, kelihatan suaminya baru masuk ke dalam kereta dan ingin pergi ke bazar.
Tetapi, belum sempat si suami bertolak, isterinya yang sudah siap nak ikut ke bazar mengetuk cermin kereta dengan kuat dan bertanya suaminya nak ke mana.
Sebaik saja lelaki itu memberitahu dia ingin pergi ke bazar, si isteri mula naik angin dan membebel kerana tidak diajak sekali.
Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila si suami menghulurkan sejumlah duit kepada wanita itu, dia terus berubah menjadi lembut dan berhenti membebel.
"Tak apalah lagi molek macam ni, tak payah balik pun tak apa. Pergilah bawak kereta elok-elok ya," katanya.
"Hahaha the power of money, dapat duit terus berubah peel" - Netizen
Video berkenaan kini telah meraih 1.4M views, 102.6K likes serta hampir 6K shares di TikTok. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si isteri dan ramai yang boleh relate wanita sememangnya pantang nampak duit depan mata.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: