seismik

[VIDEO] Netizen Kagum Dr Amalina Muncul Dalam Video YouTube Dr Mike, Doktor Terseksi Dunia

Menerusi video terbarunya, Dr. Mike telah bercakap dan menemu bual lebih 100 orang doktor dari serata dunia untuk mendapatkan perspektif mereka mengenai Covid-19.

Cover image via YouTube Doctor Mike & Twitter @RealDoctorMike

Mungkin ramai di antara kita yang masih tidak mengenali doktor perubatan dan selebriti internet dari luar negara, Dr. Mikhail "Mike" Varshavski

Lebih dikenali sebagai Dr. Mike, dia merupakan seorang doktor perubatan berbangsa Rusia yang cukup popular dalam kalangan warga internet.

Dr. Mike yang kini bekerja di salah sebuah hospital ternama di New Jersey, Amerika Syarikat, sememangnya sangat terkenal kerana sering berkongsikan nasihat serta ilmu pengetahuan terutamanya yang melibatkan kesihatan dan perubatan dalam laman-laman sosial seperti Twitter, Instagram, dan YouTube.

Rupa parasnya yang kacak juga membuatkan dia pernah dinobatkan sebagai 'Doktor Terseksi Dunia' oleh majalah terkemuka Amerika Syarikat, People Magazine, pada tahun 2015.

Sepanjang tularnya virus koronavirus atau Covid-19, Dr. Mike sangat aktif menggunakan laman YouTube untuk memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan wabak tersebut

Dr. Mike telah memuat naik beberapa perkongsian video di laman sosial berkenaan, dia turut menekankan tanda pagar #alertnotanxious kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada namun pada masa yang sama untuk tidak cemas dengan wabak terbabit.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Al Jazeera

Menerusi video terbaru yang dimuat naik pada 9 April, Dr. Mike telah bercakap dan menemu bual lebih 100 orang doktor dari serata dunia untuk mendapatkan perspektif mereka mengenai Covid-19.

Doktor-doktor itu termasuklah Dr. Sandra Lee yang terkenal dengan rancangan TV 'Dr Pimple Popper', Dr. Anthony Fauci yang kini sedang berkhidmat di Pasukan Petugas Koronavirus Rumah Putih di Amerika Syarikat, dan doktor dari tanah air kita yang kini berkhidmat di England, Dr. Amalina Bakri.

Dr. Amalina Bakri.

Image via Malay Mail

Lihat video penuh di bawah:

Disclaimer: Rakaman Dr. Amalina Bakri berada di minit ke 9 dan 20 saat.

Ternyata video tersebut telah mendapat perhatian dan meraih reaksi positif daripada orang ramai di serata dunia

Rata-rata warganet meluahkan rasa terima kasih mereka di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan para doktor dan petugas perubatan dalam menangani virus berkenaan.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via MSN

Tidak lupa juga warganet dari Malaysia yang turut meluahkan rasa kagum dan bangga dengan keberadaan Dr. Amalina di dalam video itu.

Menerusi laman Twitter miliknya, Dr. Amalina turut berterima kasih kepada Dr. Mike di atas kolaborasi mengajaknya membuat video berkenaan.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, 10 April 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: