seismik

[VIDEO] Dua-Dua Power, Aksi Cikgu Main Lawan 'Flip' Botol Dengan Murid Ini Curi Perhatian

Dua-dua tak nak kalah tu.

Cover image via @hanifashraff (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, sesi persekolahan sudah pun mula dijalankan secara bersemuka

Disebabkan itu, bermacam ragam pelajar yang kita dapat lihat dikongsikan di media sosial. Semuanya banyak yang menghiburkan hati.

Namun, lain pula dengan video ini apabila aksi seorang guru dan murid bermain lawan terbalikkan botol telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cikgu dan murid tak mahu kalah lawan botol

Menerusi video tersebut, kelihatan suasana di dalam sebuah kelas di sekolah yang tidak dikenal pasti.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah aksi lawan terbalikkan botol yang sedang berlangsung di antara seorang guru dan anak muridnya.

Kedua-duanya dilihat begitu hebat bermain sehingga tidak pasti siapakah yang akan memenangi aksi itu.

"Dengar cerita sampai sekarang tak habis lagi flip tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 413.9K views, 19.3K likes dan 406 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lama pula diaorang main tu, siapalah menang agaknya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: