seismik

"5 Questions" - Bunyi Suara Latar Masa Tengah Kelas Online, Pelajar Ini Gelabah Tutup Game

Prof pun dah pelik suara siapa tu.

Cover image via @keroljans (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, pembelajaran secara dalam talian masih lagi diteruskan terutamanya bagi pelajar universiti

Namun, kini semuanya sudah boleh dijalankan secara bersemuka seperti biasa dengan syarat mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Sudah tentu, para pelajar dapat merasa kelainan belajar secara online berbanding secara bersemuka bukan?

Tetapi, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang pelajar kantoi bermain game semasa kelas online telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@keroljans Tanya la ko 5 question tu. proff ni sempoi. #uitm #fyp #fypp original sound - Kerol jans

Kantoi bunyi suara game masa tengah kelas

Menerusi video tersebut, kelihatan kelas secara online sedang dilakukan secara video call di antara mereka.

Namun, diakhir kelas itu, lain pula jadinya. Pensyarah bertanyakan jika ada pelajar yang ingin menanyakan soalan buatnya. Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah tiba-tiba muncul suara latar belakang game salah seorang daripada mereka.

Situasi itu membuatkan pensyarah itu terdengar dan pelajar tersebut cepat mengatakan tiada soalan.

"Lecturer dalam hati apahal budak ni sampai 5 soalan pula" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video itu. Ada juga yang memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 431.8K views, 33.2K likes dan 397 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Nasib baik pensyarah tak perasan sangat ya. Kalau tak apa jadi agaknya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: