seismik

[VIDEO] “Fitnah Melampau & Kejam” - Ustaz Ebit Lew Jawab Dakwaan Nadir Al-Nuri Dan Caprice

Baca dan nilaikan sendiri.

Cover image via Ebit Lew (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) atau nama sebenarnya Ebit IrawanIbrahim Lew menyifatkan dakwaan terhadapnya oleh beberapa pihak berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin baru-baru ini sebagai fitnah, melampau dan kejam

Beliau mendakwa, tuduhan oleh beberapa pihak termasuk penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri adalah tidak berasas sehinggakan mengganggu emosi ahli keluarga serta pasukannya.

UEL memaklumkan menerusi Live di Facebook dan Instagram, pihaknya turut menafikan segala dakwaan dan tuduhan selain memaklumkan tidak pernah membuka sebarang tabung bagi menjalankan misi ke Gaza.

“Saya tidak pernah buka sebarang tabung, semua guna duit saya sendiri.

“Dakwaan susulan serah kepada peguam, termasuk saman kita akan buat. Semuanya akan mengikut proses perundangan yang betul,” ujarnya.

Ikuti penjelasan penuh oleh UEL menerusi Instagram (IG) Live di akaun rasminya di bawah:

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan tidak berpanjangan serta meredakan keadaan kepada semua pihak.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: