seismik

[VIDEO] Perhilitan 'Escort' Gajah Berenang Di Terengganu Dapat Perhatian Netizen. Comel!

Tahukah anda bahawa gajah sebenarnya perenang yang hebat?

Cover image via Twitter @Perhilitan

Gajah sering diburu manusia terutama sekali kerana gadingnya. Dipercayai, sesiapa yang mempunyai gading gajah berupaya untuk meningkatkan darjat sosial mereka.

Sejauh mana kebenaran tentang mitos itu tidak diketahui akan tetapi, saban tahun populasi gajah semakin berkurang kerana pemburuan haram ini. 

Selain itu, pemusnahan habitat hidupan liar ini turut menyumbang kepada faktor pengurangan haiwan tersebut. Hutan yang semakin menipis membuatkan haiwan ini tiada jalan lain selain masuk ke kampung untuk mencari makanan. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Head Topics

Kalau dilihat rupa fizikal gajah, mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa haiwan ini hebat berenang!

Baru-baru ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) berkongsi satu video di laman Twitter mereka menunjukkan seekor gajah sedang berenang menyeberangi sungai. 

Setakat aritkel ini ditulis video berdurasi dua minit itu telah ditonton hampir 90 ribu orang dan mempunyai 4.8 ribu retweets serta 5.4 ribu likes

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Video itu mendapat perhatian ramai terutamanya para pencinta haiwan

Selain itu, ramai juga yang bertanya kepada pihak Perhilitan mengenai langkah keselamatan semasa mengiringi gajah itu berenang

Gajah merupakan haiwan yang sangat unik. Oleh itu, semoga orang ramai akan lebih peka dan sama-sama membantu spesis ini supaya tidak pupus di Malaysia!

Image via Perak Today

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: