seismik

[VIDEO] Gelagat Sekumpulan Pemuda Masuk Rumah Hantu 'Drive Thru' Ini Jadi Perhatian

Seram pula tengok dia orang pergi!

Cover image via muhdrezza (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebelakangan ini, banyak kita lihat rumah hantu 'drive-thru' yang dibuka di sesetengah kawasan

Rumah hantu itu sudah tentu menyeramkan. Sesiapa yang nak masuk perlu mempunyai hati kental dan keberanian yang tinggi. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan pemuda cuba masuk rumah hantu 'drive thru' telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Masing-masing gelabah sebab duduk dalam van pun tak selamat

Menerusi video berkenaan, kelihatan mereka sedang bersiap-siap untuk masuk ke rumah hantu 'drive thru' di Pulau Pinang. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka perlu menaiki van yang disediakan untuk mengelilingi hutan. Van tersebut tidak boleh ditutup pintu dan tingkapnya. Ketika mereka mengembara ke dalam hutan, ada makhluk-makhluk yang sengaja mengusik mereka. 

Rakaman juga menunjukkan mereka perlu jalan sedikit ke tempat yang dihiasi seperti kubur dan terdapat pocong di situ. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Kalau aku, aku pastikan aku duduk tengah, lock lengan member kiri kanan. Menunduk ke bumi sambil berzikir pejam mata, apa pun terjadi tak kan buka mata" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 310K tontonan, 20K tanda suka dan 820 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seram, kalau admin memang duduk depan tengah tu! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: