seismik

[VIDEO] Hampir 40 Ribu 'Retweets', Netizen Terharu Tengok Video Ikan Paus Yu Minta Bantuan

#SaveThePlanet

Cover image via Twitter @HelmiBai

Isu tentang menjaga alam sekitar khususnya terhadap hidupan laut bukanlah perkara baru di Malaysia

Bukan itu sahaja, ramai juga yang berkongsi penderitaan hidupan laut apabila termakan plastik sampah, tersekat oleh sampah-sarap dan banyak lagi. Hinggakan ada juga terjumpa ikan yang mempunyai plastik di dalam perutnya. 

Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan lakukan perubahan? 

Image via Pinterest

Baru-baru ini, viral di Twitter mengenai sebuah video bagaimana seekor ikan paus yu meminta bantuan manusia untuk membuang tali di badannya

Video tersebut dikongsi oleh Helmi Bai di laman Twitter miliknya pada 2 Disember 2019. Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat hampir 40 ribu retweets dan 31.2 ribu likes. 

Lihat video penuh di bawah:

Susulan itu, ramai netizen mengakui terharu melihat video tersebut

Video tersebut turut mendapat perhatian pelakon, Maya Karin yang memuji tindakan lelaki itu memberikan bantuan kepada ikan paus yu tersebut

Sikap seperti inilah yang harus kita tanamkan dalam diri kita. Jika lebih ramai orang sebegini, tidak mustahil bumi ini akan menjadi lebih 'sihat'.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sampai bila kita nak seksa haiwan-haiwan ini dengan sikap tidak bertanggungjawab kita?

Leave a comment