seismik

[VIDEO] 'Hustle' Di Bulan Ramadan. Video Ini Akan Buatkan Hati Anda Tersentuh

Ingat semua, bulan puasa ini memang penuh dengan dugaan. Tak semuanya indah, sebab itulah anda perlu lebih bersabar.

Cover image via YouTube / Thematic Online

Artikel ini ditaja oleh McDonald's.

Cepat sungguh masa berlalu. Sedar-sedar, bulan Ramadan kini sudah tiba.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sirap Limau

Bulan yang mulia dan penuh berkat bagi umat Islam. Bulan Ramadan ini kita digalakkan supaya memperbanyakkan amal ibadat untuk mencari keredaan Allah.

Namun begitu, dalam berpuasa juga kita semua dituntut untuk menahan nafsu dan sentiasa bersabar dengan dugaan yang bakal melanda. Kalau berpuasa tanpa dugaan tak mencabarlah bukan?

Sebab itulah apabila ditimpa dugaan, cuba anda perhatikan sekeliling dan renungkan kembali, cukup peritkah dugaan yang diterima kalau nak dibandingkan dengan dugaan orang lain?

Liku kehidupan ketika mengharungi dugaan pada Bulan Ramadan yang mulia ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Lensa News.

Untuk pengetahuan anda, sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, McDonald’s ingin mengajak anda semua untuk menonton sebuah video pendek bertajuk Dugaan Ramadan bertujuan untuk membuatkan anda lebih menghayati betapanya indahnya bulan Ramadan kali ini.

Apa yang lebih menarik, video ini ia berkisar tentang seorang penghantar McDelivery yang sedang berpuasa ketika melaksanakan tugas hariannya

Pada awalnya, penghantar McDelivery ini merasakan bahawa tugasnya sebagai penghantar makanan itu sudah cukup berat. Tambahan pula, dia sedang berpuasa dan perlu menunggang motosikal di bawah terik mentari. 

Rasa dahaga dan letih sentiasa bermain difikiran. Namun begitu, sepanjang perjalanannya dia melihat ada pekerjaan lain yang lebih sukar jika ingin dibandingkan dengan cabaran yang dilalui olehnya.

Pakcik ini terpaksa mengangkat tong gas menggunakan tangga oleh kerana lif rosak

Walaupun terpaksa mengangkat tong gas yang berat, tiada keluh kesah dikeluarkan oleh pakcik itu kerana ianya sudah menjadi satu tugas, satu amanah.

Sama juga seperti kontraktor di kawasan pembinaan, walau berdepan terik mentari dan habuk jalanan, mereka tetap meneruskan pekerjaan berat walaupun sedang berpuasa. Ini semua liku kehidupan, cabarannya datang berganda di bulan Ramadan.

Kadang-kadang kita selalu rasa dugaan yang Tuhan timpakan pada kita dah cukup payah sampai kadang-kala kita tak sedar bahawa sebenarnya ada orang yang diuji lebih berat daripada kita. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Lebih hebatnya ujian, lebih indah Ramadan anda :)

Kalau asyik merungut dengan ujian dan dugaan pun tak guna juga. Jadi, untuk Ramadan kali ini pastikan anda semua pasang tekad untuk diberikan keazaman dan semangat untuk mencapai apa jua matlamat yang ingin dicapai pada bulan yang mulia ini.

Oh ya, jangan lupa juga untuk sematkan azam bagi memperbaiki amal ibadah masing-masing ya. Mana tidaknya, Ramadan datang hanya setahun sekali sahaja. Buatlah yang terbaik. Pahala berganda tau.

Sebelum itu, tonton klip video bertajuk Dugaan Ramadan ini yang disediakan untuk anda semua. Memang touching habis!

Jom ramai-ramai berbuka puasa dengan hidangan istimewa McDonald’s! :D

Image via McDonald's

Dah penat seharian berpuasa mesti anda semua sibuk fikir nak makan apa kan?

Apa kata anda cuba hidangan istimewa Ramadan daripada McDonald’s iaitu Foldover Ayam – dua kepingan ayam empuk digril, dengan sos istimewa baharu, salad segar dan diapit roti pita ataupun set Nasi McD yang hadir bersama Ayam Goreng McD yang rangup, coleslaw dan kuah kari baharu.

Memang puas hati beb!

Ingin lihat menu apa lagi yang ditawarkan kali ini? Anda boleh terus ke laman web McDonald’s. Ada pelbagai menu istimewa untuk berbuka puasa. Tapi kalau dah tak sabar sangat bila tengok hidangan McDonald’s, boleh terus order melalui McDelivery. Memang berbaloi!

Salam Ramadan daripada kami dan semoga Ramadan anda kali ini lebih indah dan bermakna. :)

Image via Giphy

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ingin tambahkan pahala di bulan Ramadan yang mulia ini, baca sini: