[VIDEO] Iklan Raya Unik Ini Buatkan Anda Pening Nak Jawab Teka Teki Yang Diberikan. Aduhh!

Bingung kepala sis dibuatnya.

Artikel ini ditaja oleh Sunway.

Seperti tahun-tahun sebelum ini juga, memang sudah menjadi kebiasaan video iklan Hari Raya yang dihasilkan dari syarikat dan jenama berbeza

Selain itu, iklan-iklan raya yang dihasilkan turut menjadi buah mulut netizen kerana setiap video membawa mesej yang bermakna diikuti dengan jalan cerita menarik. Bukan setakat itu sahaja, apa yang membuatkan kami teruja ialah ada iklan raya yang mempunyai mesej begitu mendalam dan ada teka-teki pula.

Image via Giphy

Wah, menarik! Jarang ada orang buat teka-teki dalam iklan raya.

"Luaran tampak kasar, tapi isiku penuh kelembutan"

Siapakah aku?

Unik sangat bukan iklan raya daripada Sunway ini? 

Buat masa ini, hanya Sunway yang menggunakan konsep pantun seperti ini. Nampak lain daripada yang lain dan sejujurnya kami cuba sedaya-upaya untuk selesaikan teka-teki yang diberikan. Banyak kali ulang nak cari jawapan punya pasal.

Anda semua dah jumpa ke jawapannya? Ada DUA jawapan ya, bukan satu. Kalau nak tahu, petunjuk bagi jawapan yang betul ada dalam gambar di bawah ini:

Image via Sunway Group

Setuju sangat petikan dari video ini. Kadang-kadang usaha atau inisiatif yang kita buat sendiri tak dapat dilihat. Tapi kalau kita buat bersama-sama, usaha itu mampu memberikan impak besar dalam kehidupan seharian bagi golongan yang memerlukan.

Kita mungkin rasa remeh tapi sebenarnya seperti ini mampu untuk mengukir senyuman seseorang di pagi Aidilfitri.

Salam lebaran dari kami, team SAYS Seismik :)

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment