seismik

[VIDEO] Kereta Axia Terlajak Drift Dekat Jalan Raya Di Shah Alam Ini Buat Ramai Terkejut

Sekuel Fast & Furious ke ni?

Cover image via @laziafpoy (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sering kali kita lihat terdapat pelbagai kerenah pemandu di jalan raya

Ada yang tidak mematuhi peraturan jalan raya dan menyusahkan orang. Oleh itu, peraturan jalan raya perlu dipatuhi. Hal ini kerana, ia untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan sebuah rakaman dashcam kereta di jalan raya telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Kereta Axia merah drift masa belok

Menerusi video yang dimuat naik oleh @laziafpoy di TikTok, kelihatan sebuah rakaman dashcam kereta yang menunggu lampu isyarat menunjukkan banyak kenderaan sedang membelok di kawasan lampu isyarat di Seksyen 7, Shah Alam. 

Namun apa yang menarik adalah sebuah kereta Axia merah dilihat melakukan aksi drift ketika membelok lalu menyebabkan kereta tersebut terbabas dan terpaksa berpusing balik 180 darjah. 

"Aku rasa dia pun terkejut, “eh cop, cane aku buat tu?”" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 582.1K views, 29.4K likes dan 708 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi spontan itu dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tapi smooth betul drift tu ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: