seismik

[VIDEO] Gelagat Pelajar Lelaki Basuh Seluar Masa Hujan Ini Curi Perhatian Ramai

Lain macam betul.

Cover image via @zzaaffri (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, para pelajar yang menuntut di kolej-kolej kediaman akan membasuh baju di dobi atau membasuhnya sendiri

Kalau yang membasuhnya sendiri sudah pasti mereka akan menjemurnya di kawasan-kawasan sidai baju untuk mengeringkannya. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang pelajar menyidai baju telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

@zzaaffri katanya taknak kantoi sebab sidai baju tak pernah perah #fyp #studentlife original sound - zfri

Sidai baju dekat kawasan kolej masa hujan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zzaaffri di TikTok, kelihatan seorang individu merakam seorang pelajar lelaki sedang menjemur seluarnya di ampaian baju di tingkat kawasan kediaman kolej. 

Dia dilihat membuka tingkap dan menunjukkan cara bagaimana lelaki tersebut menyidai pakaiannya. Namun, apa yang paling mencuit hati adalah pelajar lelaki berkenaan dipaparkan menyangkut seluarnya yang baru dibasuh ketika waktu hujan.

"Ni tengah proses bilas guna air hujan, jimat air. Pandai haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.2M views, 32.7K likes dan 252 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki itu. Ada juga yang boleh relate dengan kelakukannya menyidai baju semasa hujan. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Manfaatnya confirm tak ada orang basuh baju waktu tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: