[VIDEO] Kesian Tengok Dompet Suami Ada Belasan Ringgit, Isteri Selit Duit Untuk Belanja
Murah rezeki si isteri.
Dalam kehidupan berumah tangga, bertolak ansur adalah amat penting untuk mengekalkan keharmonian antara suami isteri
Kebahagiaan dalam rumah tangga itu datang apabila suami dan isteri saling melengkapi antara satu sama lain tidak kira dalam keadaan susah mahupun senang.
Apabila sudah berkahwin, pastinya suami dan isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam menguruskan rumah tangga. Ujian juga pasti akan dihadapi dan pada masa inilah kesetiaan pasangan akan diuji.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang isteri cuba untuk mengurangkan kesusahan suami menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cuba buat spot check dompet suami nak tengok ada berapa ringgit duit cash
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita semasa itu ingin melihat dompet milik suaminya yang kebetulan sedang tidur.
Namun, selepas membuka dompet berkenaan, dia mendapati wang suaminya itu hanya tinggal belasan ringgit saja di dalamnya.
Dia kemudian terus meletakkan sejumlah wang ke dalam dompet suaminya itu kerana baginya hidup berkeluarga lebih-lebih lagi bagi suami dan isteri, bantu-membantu itu adalah sangat penting.
"Betul tu, suami ni kadang dia ikat perut sebab taknak kita risaukan dia" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terharu melihat video berkenaan dan ramai yang memberikan kata-kata positif kepadanya.
Malah, ada yang menyifatkan isteri seperti ini adalah limited edition kerana sangat memahami keadaan suami semasa susah.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 62.3K likes, 2,465 comments dan 3,118 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: