seismik

[VIDEO] Kongsi Kisah Disihir Supaya Putus Tunang, Gadis Ini Buat Ramai Dapat Relate

Kenapa masih ada manusia yang sanggup sihir orang lain zaman ni?

Cover image via @syaaisyahra95 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita tahu, perbuatan sihir sudah tidak asing lagi dalam kalangan orang Melayu

Persoalannya, masih ada lagi ke manusia di luar sana yang sanggup menggunakan sihir dengan tujuan untuk merosakkan hubungan dan rumah tangga orang lain pada zaman sekarang ini? Jawapannya ya.

Seperti kisah sediih yang dikongsikan oleh seorang gadis baru-baru ini, dia terkena sihir oleh seseorang yang ingin memutuskan pertunangannya mencuri perhatian warganet di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Berjuang sakit dan kemurungan sampai tahap nak cederakan diri tanpa sedar

Menerusi video yang dimuat naik oleh Sya Aisyahra, dia menceritakan perjalanan kisahnya disihir oleh seseorang semasa dia sedang bertunang.

Menurut Sya, gara-gara perbuatan keji seseorang itu, dia mengalami kemurungan dan kerap bergaduh dengan keluarganya.

Bukan itu saja, dia juga telah beberapa kali mencederakan dirinya tanpa sedar kerana telah hilang arah kesan daripada sihir itu.

Dia mendapat tahu dirinya disihir apabila sudah beberapa kali warded di hospital dan doktor tidak dapat mengenal pasti apa penyakitnya.

Keluarga Sya akhirnya memutuskan untuk membawanya ke rawatan Islam. Ternyata, 2020 bukan tahun yang mudah bagi gadis itu kerana terpaksa berjuang demi nyawa sendiri.

"Orang yang pernah alami saja akan merasa macam mana sakitnya" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mencecah 497.9K views, 43K likes dan 1K comments di TikTok, rata-rata warganet turut merasa simpati di atas dugaan yang menimpa Sya.

Malah, ramai yang pernah mengalami perkara sama sepertinya dan ada yang disihir orang sehingga meninggal.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Allahu, tak sangka tahun 2021 ni pun masih wujud sihir. Semoga sis terus kuat dan tabah hadapi ujian berat ni :'(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: