seismik

[VIDEO] Lelaki Bengang Lihat Penunggang Basikal Ini Siap Bawa Anak Bersama Atas Jalan Raya

Membahayakan betul!

Cover image via @TravelJimat (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aktiviti berbasikal kini dilihat menjadi seperti trend dan kegemaran ramai kerana kita boleh lihat mereka ini di mana saja

Ianya termasuklah di atas jalan raya yang penuh dengan kenderaan lain. Ada sesetengah penunggang basikal ini tidak kisah dan mengambil risiko untuk melakukan aktiviti tersebut di atas jalan raya.

Baru-baru ini kerajaan telah pun mengumumkan aktiviti berbasikal di lebuh raya kini boleh didenda hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

Namun, tular kembali sebuah video di Twitter yang menunjukkan penunggag basikal melakukan aktiviti di atas jalan raya sambil membawa anak telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba letak anak dekat belakang bawa bersama

Menerusi video perkongsian terbabit, kelihatan seorang lelaki sedang meluahkan rasa marahnya terhadap beberapa orang penunggang basikal yang sedang melakukan aktiviti itu di atas jalan raya.

Dengan keadaan yang marah dia kemudian memberitahu di dalam video itu bahawa mereka tidak mementingkan keselamatan diri kerana melakukan aktiviti tersebut di atas jalan raya yang sedang sibuk.

Malah, apa yang lebih membuat lelaki itu marah adalah salah seorang penunggang basikal itu dilihat siap membawa anaknya dan diletakkan di tempat khas di belakang basikalnya.

Perkara itu telah membuatkan lelaki berkenaan seakan tidak percaya dan kesian kepada anaknya itu kerana terpaksa mengikuti ibu bapa mereka melakukan aktiviti itu.

"Aku kalau jumpa orang berbasikal bawa tengah-tengah jalan memang aku bagi hon panjang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka pada penunggang basikal tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 109.3K views, 2,719 retweets dan 2,178 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Seriau betul tengok dia bawa anak macam tu. Bahaya! :(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: