seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Tunjuk Cara Mudah Kopek Durian Hanya Guna Chopstick Buat Ramai Terkejut

Betul ke memang menjadi?

Cover image via @ashleymiaoo (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Musim durian adalah musim yang paling ditunggu ramai, tambahan lagi buat 'hantu durian'

Memang mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai jenis durian kegemaran mereka.

Seperti yang semua tahu, kebiasaannya durian akan dibuka dengan parang atau pisau bagi memudahkan untuk membelahnya.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter ini apabila seorang lelaki menunjukkan dia membuka durian menggunakan chopstick telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tunjuk cara buka durian guna chopstick

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menunjukkan cara-cara untuk membuka durian sambil memegang sebilah parang.

Namun, dia tiba-tiba menyimpan parang tersebut dan memberitahu bahawa sebenarnya durian ini boleh dibuka hanya menggunakan chopstick saja.

Dia kemudian menunjukkan cara membuka durian menggunakan chopstick dengan cucuk durian di bahagian bawah durian dulu dan akhirnya buah berkenaan terbelah kepada dua.

"Cucuk jer pakai apa pun boleh janji keras" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing mengenai hal tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 31.7K views, 650 retweets dan 1,044 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Baru tahu rupanya ada cara mudah nak buka durian!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: