seismik

[VIDEO] Lelaki Nekad Terjun Selamatkan Wanita Kereta Terbabas Dalam Sungai Ini Dipuji

Respect dengan abang yang terjun tu!

Cover image via Orang Kota - Tinggi (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki nekad untuk terjun ke dalam sungai apabila kereta yang dipandu seorang wanita terbabas

Difahamkan, kejadian yang berlaku di jalan Kota Tinggi-Mersing, Johor itu terjadi selepas seorang pemandu wanita gagal mengawal keretanya sehingga terbabas masuk ke dalam sungai.

Situasi mula panik kerana aliran deras air sungai yang menghanyutkan kereta tersebut. Namun, pemandu wanita itu sempat keluar dari keretanya dan berpaut pada bahagian belakang.

Melihat kejadian itu, dua orang lelaki berhenti di kawasan terbabit dan seorang lelaki telah terjun ke dalam sungai terbabit bagi menyelamatkan mangsa daripada dibawa arus deras.

Mujur saja tiada kemalangan jiwa dan perkara yang tidak diingini berlaku. Bagaimanapun, kedua-duanya selamat dan mangsa telah menerima rawatan di hospital.

"Tahniah wira selamatkan orang dalam kesusahan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memuji tindakan lelaki berkenaan yang berani membuat keputusan menerjun ke dalam sungai itu.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 9.6K likes, 1.2K comments dan 1.9K shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Lihat video itu di bawah:

Abang memang penyelamat yang sebenar!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: