[VIDEO] Masih Rindu Arwah, Anak Perempuan Menangis Masa Ziarah Kubur Ibu Buat Ramai Sebak
Allahu, semoga adik kuat!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kehilangan orang yang tersayang dalam kehidupan sudah tentunya merupakan perkara yang pahit
Bukan semua orang diberikan umur yang panjang dan kesihatan seumur hidup. Sesiapa yang hidup di dunia ini pasti akan pergi meninggalkan kita.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang budak perempuan menangis semasa ziarah kubur arwah ibunya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tangisan air mata Syawal melimpahi pipi anak kecil itu
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan bersama ayahnya berada di kubur semasa pagi raya.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila ayahnya merakam suasana di kubur arwah isterinya bersama anak perempuan kesayangan. Anak perempuannya dilihat menangis teresak-esak kerana rindukan ibu.
"Ummi kandungnya meninggal sebab kanser masa umur dia 2 tahun. Sekarang alhamdulillah umur dia dah 5 tahun." tulis ayahnya.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
"Hm, tak kuat tengok anak kecil menangis macam ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 149K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan budak perempuan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!