seismik

[VIDEO] "Member Penat Gelak" - Aksi Lelaki Sepak Bola Dalam Lubang Golf Buat Ramai Dekah

Sampai terbaring-baring dah member gelak.

Cover image via @suhailsofian26 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aktiviti riadah waktu petang sudah menjadi kegemaran semua orang terutamanya lelaki

Mereka akan lebih bersemangat untuk melakukan riadah seperti futsal, bermain bola sepak, bermain badminton apabila mempunyai geng. Iyalah, lagi ramai lagi meriah bukan? 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila sekumpulan lelaki cuba menyepak bola ke dalam lubang golf telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Sakan gelak member semasa main footgolf

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang beriadah dengan bermain footgolf di padang golf. 

Apa yang menarik perhatian adalah apabila salah seorang lelaki dilihat sangat struggle untuk masukkan bola dalam lubang golf. Perkara itu telah membuatkan rakannya gelak sakan kerana dia dilihat sangat pro dalam permainan itu. 

Lihat video sambungan penuh itu di bawah: 

"Benda simple tapi gelak bukan main, seronok ada member macam ni" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar rakan-rakannya mentertawakan gelagat lelaki itu. Malah, ramai yang ingin cuba permainan itu. 

Ketika artikel ini dituis, video itu telah meraih 478K tontonan, 37K tanda suka dan 200 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang best kalau keluar dengan member yang mudah terhibur ni kan! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: