seismik

[VIDEO] “Merajuk” - Reaksi Kucing Suka Kek Apollo Ini Buat Warganet Terhibur

Comel je si bulus ni!

Cover image via @kimsyaf20 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang comel dan disayangi ramai

Sungguhpun begitu, mereka juga mempunyai kerenah dan gelagat masing-masing yang boleh membuatkan orang pening kepala.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial berkenaan seekor kucing manja yang suka akan kek Apollo telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@kimsyaf20

#kucingviral #kucingcuttonbud #fyp kucing viral bersama owner asal ..kali ni kek apollo plak

original sound - Kimsyaf - Kimsyaf

Si bulus merajuk kerana kek Apollo miliknya diambil orang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kimsyaf20 di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan seekor kucing sedang memegang kek Apollo sambil didukung oleh tuannya.

Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila kucing itu dilihat merajuk setelah kek Apollo miliknya diambil. Ternyata, dia memang sangat gemar akan kek tersebut.

“Punya merajuk tu kan, tangan ambil mata tak mahu tengok dah” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 9.7M views, 1.8M likes dan 33.7 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi comel kucing itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Janganlah ambil kek Apollo dia! Kesian dia :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: