seismik

[VIDEO] Merajuk Tak Dapat Mainan, Adik ‘Nyorok’ Disebalik Kotak Ini Jadi Perhatian

Nasib baik jumpa!

Cover image via @sitinurfaseeha7 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sesiapa yang sudah berkeluarga, mesti faham ragam anak-anak apabila mereka tidak dapat sesuatu yang diinginkan bukan?

Lebih-lebih lagi bila dalam shopping mall, mesti macam-macam kerenah yang dilakukan mereka apabila barang yang diinginkan tidak dapat. Ada yang merajuk dan ada juga yang menangis. 

Sampaikan ada anak-anak yang menangis sehingga ke kaunter bayar sebab masih tak dapat barang atau mainan yang diinginkan.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila seorang kanak-kanak perempuan merajuk dek kerana tidak dapat mainan. Namun, tempat persembunyian si cilik itu pula menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Panggil nama tak menyahut rupanya menyorok disebalik kotak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sitinurfaseeha7, kelihatan dia sedang mencari anaknya yang bersembunyi disebabkan merajuk tidak dapat mainan yang diinginkan.

Si cilik itu bijak menyorok disebalik kotak. Disebabkan kaki comelnya yang menjulur keluar yang membuatkan ibunya berjaya jumpa tempat menyorok si cilik itu.

Situasi ini rata-rata menghiburkan warganet, tetapi boleh jadi bahaya jika tidak jumpa di mana tempat dia menyorok.

"Sampai ke dalam tu, nasib tak masuk dalam kotak tu" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terhibur melihat tempat persembunyian si cilik itu.

Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah meraih sebanyak 395.1K views, 41K likes dan 306 commentdi TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Pandai pula dia cari tempat sembunyi :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: