seismik

[VIDEO] Perlu Ke Ibu Mengandung Beli, Kaunselor Ini Jelas Apa Fungsi Sebenar Breast Pump

Ibu-ibu yang rasa nak beli wajib baca okay!

Cover image via @nadmasrom (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai para ibu yang sedang mengandung sedang mempertimbangkan mahu memiliki breast pump untuk memudahkan kerja bukan?

Seperti mana yang kita tahu, breast pump adalah mesin automatik untuk mengepam susu badan ibu selepas proses bersalin.

Breast pump ini sebenarnya membantu para ibu terutama mereka yang bekerjaya untuk membekalkan susu secukupnya kepada bayi secara konsisten. Tetapi, adakah alat ini menjadi keperluan untuk para ibu? 

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok mengenai seorang kaunselor wanita berkongsi fungsi sebenar kegunaan breast pump yang telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Jelaskan jenis breast pump yang berpatutan untuk ibu mengandung

Menerusi video tersebut, seorang kaunselor wanita menjelaskan perlukah ibu mengandung membeli breast pump sebelum melahirkan bayi.

Menurutnya, breast pump bukanlah alat untuk menghasilkan susu kerana susu ibu yang mengandung telah terhasil lagi sejak kandungan 16 minggu.

Jadi, pada fasa awal kelahiran adalah si ibu perlu melakukan rangsangan untuk mengeluarkan susu. Disebabkan itu hadirnya alat breast pump untuk membantu mengeluarkan susu ibu.

Jelasnya lagi, jika ibu bapa mahu membeli breast pump, mereka dinasihatkan untuk memilih yang berbaloi harganya dan sekurang-kurangnya mempunyai mode massage serta expression untuk keselesaan para ibu. Dia juga ada membuat video antara ciri-ciri breast pump pilihannya.

Lihat video penuh itu di bawah:

"Saya suka silicon tu, dia lembut" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen bertanyakan pelbagai soalan mengenai breast pump tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 16.3K views, 1,047 likes dan 35 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada bakal ibu di luar sana :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: