seismik

[VIDEO] Remaja Ini Excited Beli Cermin Online, Sekali Bila Sampai Lain Pula Yang Dapat

Berubah terus muka dia jadi.

Cover image via @aasbsdr5 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap kali barang yang kita order online sampai mesti hati ini rasa tidak sabar untuk melihatnya bukan?

Tambahan lagi jika barang itu memang sudah lama kita tunggu-tunggu sehingga mengambil masa beberapa minggu untuk sampai.

Tetapi, ada kalanya semua barangan yang kita lihat secara online adalah indah khabar dari rupa. Sebab itu, kita perlu melihat feedback atau perkongsian orang yang sudah membeli barangan tersebut untuk mendapat kepastian.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang remaja lelaki berkongsi pengalaman lucu semasa dia mendapat barang online yang dibelinya.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aasbsdr5

Ya Allah Berikanlah Aku Kekuatan untuk menahan diri Dari memaki ##fyp ##tiktokmalaysia ##fyp

original sound - Kakashi Goreng Selipar Gojo

Kecewa barang diterima lain daripada yang lain

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang remaja lelaki berkongsi kisah lucunya setelah mendapat parcel yang telah dibelinya secara online.

Dengan keadaan yang excited, dia terus membuka barangan tersebut sebaik saja sampai di rumahnya. Namun, lain pula yang dia dapat sebaik saja dia melihatnya.

Difahamkan dia membeli sebuah cermin untuk diletakkan di dalam biliknya, tetapi apa yang lebih melucukan adalah cermin yang dibelinya itu langsung tidak sama seperti apa yang dilihatnya sebelum membeli.

Cermin itu bukanlah cermin biasa kerana imej yang dipantulkan kelihatan sangat berbeza dan membuatkan wajahnya menjadi lain.

"Macam cermin dekat set make up budak-budak" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut. Ada yang berpendapat cermin itu seperti set dalam make up kanak-kanak dan ada juga menasihatkannya agar membaca komen dulu sebelum beli.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 430.6K views, 71.1K likes dan 31 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, terus kelakar jadi muka dia lepas tengok cermin tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: